Monday, May 23, 2011

Bala Dalam Nikmat

Ujian yang paling sukar ialah dalam bentuk nikmat. Dan ujian dalam bentuk nikmat merupakan ujian yang paling besar dan paling sukar untuk di hadapi, ini kerana secara lumrahnya manusia akan mencari Tuhan dalam keadaan susah dan payah. Tapi sangat jarang di antara manusia yang mencari Tuhan dalam keadaan nikmat dan senang.

seseorang yang fasiq dan hidup dalam nikmat, dan merasa leka dengan nikmat itu. Meskipun melakukan maksiat mereka tetap hidup dalam keadaan kaya dan mewah...itu dinamakan' ISTIDRAJ'...(kefasiqan yang semakin fasiq). Allah SWT sengaja memberikan nikmat sebanyak2 kepada mereka dan harta itu memperdaya mereka sendiri dan harta itu juga akan meghancurkan mereka sendiri.

itulah merupakan bala yang paling sengsara...iaitu kesudahan yang diiringi dengan Kemurkaan Allah SWT.

itulah merupakan 'racun' yang berbisa disebalik, manisnya madu.