Wednesday, October 30, 2013

KATANYA SOKONG PARTI ISLAM...???

Sentiasa meletakkan Islam dihadapan, itulah yang kita inginkan dan harapkan. Sentiasa menjadikan Tok Guru, Ulama sebagai contoh dan teladan. Itulah yang sepatutnya.

Tapi jika kita hanya sekadar sokong dan undi saja tanpa bergerak dan bertindak seperti mana yang disarankan oleh Ulama pujaan kita, itu adalah kerugian dan kecelakaan yang amat besar bagi kita.  
Foto daripada http://myibrah.com/wp-content/uploads/2011/11/diakhir-zaman-300x193.jpg

Adakah dia fikir dengan hanya menyokong dan mengundi parti tertentu kita sudah ‘free’ dari dosa dan dijamin selam-lamanya ???

Malah adakah itu menjadi lesen kepada kita untuk  menghina dan mencerca musuh-musuh kita hanya kerana mereka berbeza dengan ideologi kita.

Tidak sepatutnya berlaku bagi mereka yang menyatakan ‘saya undi parti Islam’, tapi dari segi perilaku dan akhlaknya tidak mencermin sebagaimana yang dinyatakan. Inilah yang menjadi duri dan menjadi racun kepada perjuangan Islam. Saya paling benci golongan yang menyatakan kami menyokong Islam, tapi sikap dan tingkah lakunya jauh dari apa yang dislogankan.

Jangan kita hanya melaungkan ‘Kami nak Islam’ tanpa mengamalkan nilai-nilai Islam. Golongan inilah yang hanya mengikut, tapi, tidak mengambil pengajaran dari apa yang diikutnya. Janganlah kita menjadi orang yang muflis diakhirat kerana kita telah menyangka kita sudah selamat didunia.

Sahabat-sahabat seperjuanganku,

Sepatutnya kita menjadi lebih beradab dan beragama, apabila kita menjadikan Ulama-ulama sebagai idola dan ikon kita. Sepatutnya dengan menyertai gerakkan-gerakkan yang berunsur Islamic kita menjadi lebih baik, tapi hal yang sebaliknya pula berlaku. Kalau orang dari parti sekular yang menjadi makin jauh dari agama itu tidak menjadi suatu perkara yang pelik, tapi apabila hal ini menjadi terbalik. Ini suatu keanehan yang tidak sepatutnya berlaku.

Semoga ALLAH SWT Menghindarkan kita dari menjadi golongan yang menjadi racun dan duri kepada Islam dan ummatnya.

Wallahualam…


  

Monday, October 28, 2013

HUDUD : MEKANISMA YANG SUDAH DICAPAI BRUNEI, MALAYSIA ?

Akhir-akhir ini timbul berita yang mengaitkan Brunei dengan perlaksanaan hukum hudud. Hukum hudud yang selama ini sering diperkatakan oleh media masa Malaysia.  Tapi kita lihat, tidak ada sebarang usaha dalam mencapai mekanisma tersebut dari kedua-dua belah pihak. Sekarang Brunei sudah mendahului kita dengan perlaksaan hudud secara berperingkat-peringkat. Tahniah kepada pemimpin dan rakyat Brunei.

Maka ramailah orang-orang yang mula mendesak kerajaan Malaysia, melalui blog, facebook, tweeter, dan banyak lagi bertujuan supaya Malaysia untuk turut sama melaksanakan hudud.

 Sebelum itu, ada satu soalan yang saya nak tanya, adakah Islam dikenali di mata dunia hanya kerana banyak berkisar tentang hukum hudud, ?


Atau Islam lebih kepada menekankan soal kebajikan rakyat, keadilan, keharmonian hidup sebagai orang Islam. Adakah kita fikir negara itu sudah dikira aman dengan melaksanakan hudud ?  Sedih untuk dimaklumkan bahawa kadang-kadang ada negara bukan Islam yang lebih aman dari negara Islam sendiri. Adakah hudud merupakan aspek terpenting dalam melaksakan pemerintahan negara Islam. 

Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.” (Al-Maaida: 8)

Sebenarnya, dengan banyak bercakap soal kekerasan hukuman Islam dalam sesuatu hal atau isu, menyebabkan ramai orang salah sangka dengan Islam. Mereka akan fikir Islam ini sebuah agama yang tidak ada toleransi dan perikemanusiaan. Malah, Islam akan dipandang sebagai sebuah agama yang banyak menghukum dari memaafkan. Maka tidak anehlah sekiranya kita dapati banyak gambaran buruk mengenai Islam di media barat. Mereka telah mendapat maklumat dan gambaran yang salah mengenai Islam.

Salah siapa ? Salah kita la !! kita yang menjadikan Islam jahat dan kejam dimata mereka. Sedangkan Islam sebenarnya sebuah agama yang Rahmat kepada sekerlian alam. Sepertimana firman ALLAH SWT;

    “Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam”(Al-Anbiyaa: 107)

Islam bukan diturunkan untuk menghukum manusia malah menunjukkan jalan dan membimbing manusia ke jalan yang benar. Islam bergerak dengan rasionaliti dan kesempurnaan. Islam berperanan menegakkan keadilan dan menghapuskan penyelewengan dan ketidakadilan.  Malah Islam bergerak dari zaman ke zaman, walau berbagai zaman berlalu, Islam tetap diatas dasar yang kukuh dan kuat, malah relevan bagi setiap masa dan ketika. Malah dari kaca mata Islam , semua orang sama setiap satu dari yang lain. Hanya taqwa yang membezakan kita disisi ALLAH SWT. 

berbalik semula pada isu hudud;

Dalam konteks perlaksaan hudud, saya memetik kata-kata As-Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi dalam rancangan ('Hudud Dalam Wacana Fiqh Masa Kini", TV Al Jazeera , 10 Januari 2011), perkara yang perlu dilaksana sebelum melakukan hudud ;  

·         Beri makan kepada orang yang lapar (orang miskin)
·         Sediakan pekerjaan kepada para penganggur
·         Ajarkan orang yang jahil
·         Latih para pekerja
·         Membangunkan masyarakat Muslim
Malah menurutnya lagi, hudud dilaksanakan selepas melaksanakan segala perkara yang berkaitan dengan Agama Islam. dari sudut ;

·         Akidah
·         Syariat
·         Akhlak
·         Tatasusila 
·         Nilai-nilai murni
dan katanya lagi, dalam keadaan umat Islam ini membangun selepas kesemuanya dilaksanakan, barulah dilaksanakan hukum hudud.




Wallahulam. 

Wednesday, September 4, 2013

Perbezaan Antara Pendakwah Dengan Ahli Politik Yang Tiada Semangat Dakwah

Pendakwah :

Mereka akan menegur dan mengkritik orang politik yang melakukan kesalahan dan kezaliman kerana mereka marah kerana ALLAH S.W.T, kerana dia tahu apa yang pemerintah lakukan itu menyalahi syara’. Mereka akan tegas dengan kritikan yang mereka lakukan.

Tapi sekiranya mereka melihat orang politik melakukan kebaikkan dan kebajikan mereka akan berasa gembira kerana mereka membuat kebaikkan. Mereka merasa bersyukur kerana ahli politik itu ingin juga berbuat baik.
foto daripada obrolanpolitik.blogspot.com

berbeza dengan Ahli politik ;

Ahli Politik Yang Tidak Ada Semangat Dakwah :

Mereka akan gembira sekiranya musuh politik mereka membuat kesilapan kerana mereka ada hujah untuk menghentam musuh politik mereka.  Malah mereka akan merasa seronok dengan kesilapan yang dilakukan oleh musuh politik mereka

Dan sekiranya mereka lihat, musuh politik mereka buat benda baik, mereka akan merasa tergugat dan akan mempersoal dan mempertikai kebaikan yang dilakukan oleh musuh politik mereka.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Kesimpulannya ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Jadi kalau kita nak tahu hati kita ni pendakwah atau ahli politik yang tidak ada nilai, kita tengok pada situasi ini;

 sekirnya kita tengok musuh politik kita buat salah, kita seronok ke kecewa. Kalau kita kata kecewa sedangkan kita rasa seronok dengan kesalahan itu kerana kita ada ‘point’ untuk hentam musuh kita. Itu menandakan hati kita bukan hati daie.

Fikir-fikirkanlah…wallahualam…  


Tuesday, August 20, 2013

KONSEP KESESATAN SYIAH...



*      Rukun imamah/walayah

Al-Kulaini meriwayatkan bahawa Islam itu terbina atas 5 perkara iaitu solat, puasa, zakat, haji dan walayah/imamah.

Mempercayai bahawa Imam-Imam mereka yakni Ahlul-bait dilantik berdasarkan nas dan wajib ditaati dan dipatuhi. Mereka juga mendakwa Imam-Imam mereka sebagai maksum dan terpelihara dari sebarang dosa.

  
*      Menuduh al-quran sebagai tidak lengkap dan menyeleweng

Mempercayai bahawa Al-Quran yang diturunkan kepada umat Islam sebagai tidak lengkap dan menyeleweng malah turut dikatakan sesetengah ayat tersilap tempat.

“Berkaitan dengan taarif Al-Quran sebahagian ulama syiah berkata berlaku tahrif Al-Quran pada sebahagian ayat. Ayat ini diletakkan bukan tempatnya, mengenai hal ini ramai ulama syiah yang menyatakan begitu…sebahagian kecil ulama syiah menyatakan berlaku pengurangan ayat Al-Quran”. (Syeikh Ali Al-Kurani)

*      Mengkafirkan sahabat sebahagian dari aqidah

Mengkafirkan para sahabat Nabi Muhammad SAW dan mengganggap mereka telah murtad selepas kewafatan Rasullulah SAW melainkan beberapa orang yang lain dianggap murtad, antaranya ialah Saidina Abu Bakar As-Siddiq ra, Saidina Umar Al-Khattab ra, Saidina Uthman Bin Affan ra, Saidina Talhah Bin Ubaidillah ra, Saidina Zubair Ibn Awwam ra. (Kitab Raudhatul Al-Kafi)


*      taqiyyah/berbohong adalah sebahagian dari aqidah

Taqiyyah pada hakikatnya ialah berdusta dan berbohong. Ulamak Islam di zaman dahulu tidak mahu menerima riwayat yang dikemukakan oleh mereka 

Al-Imam Asy-Syafie berkata; 

"Tidak pemah aku melihat golongan yang menurut hawa nafsu yang lebih pembohong daripada golongan Syiah".


*      Hari raj’ah (balas dendam)

Para Imam akan dibangkitkan sebelum kiamat untuk membalas dendam menghukum penzalim yang telah merampas hak – hak mereka termasuk para sahabat.

*      Kawin mutah

Perkahwinan yang tidak memerlukan kepada saksi, wali dan perisytiharan, la boleh dilakukan antara seorang perempuan dengan seorang lelaki di mana-mana sahaja, boleh dilakukan dengan perempuan Majusi, Nasrani dan Yahudi dan dengan
perempuan pelacur sekalipun dan bilangan mereka tiada had (boleh lebih 4) - Khomeini

(Tahdhib Al-Ahkam, J.7 hal 254; An-Nihayah, hal 489)

*      Percaya bahawa selain dari syiah adalah anjing

Mereka (Ahli Sunnah atau Nasibi) lebih jelek daripada anak zina. “Sesungguhnya ALLAH  tidak mencipta binatang yang lebih hina daripada anjing tetapi Nasibi adalah lebih hina daripadanya lagi”. (Haqq Al-Yaqin, J.2 hal 536)  



*Ini cumalah sebahagian dari kesesatan syiah, terdapat banyak lagi kita akan sambung lagi perbincangan ini...inshaAllah...

RUJUKAN






Sunday, August 18, 2013

SYIAH : RACUN UMAT ISLAM

Pembohongan dan kepincangan dalam mempertahankan akidah yang sudah batil dengan penyelewengan dan penipuan dalam meriwayatkan sejarah dan penipuan dengan menggunakan hadis-hadis palsu merupakan kunci kepada akidah syiah yang sudah jelas menyimpang dari Islam malah sudah dikategorikan sebagai kafir oleh Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi, Presiden Ulama Dunia. Malah, Dr. Al-Qaradhawi turut mengelarkan Hizbullah, yang mereka (Iran) mengwar-warkan sebagai pembela Islam sebagai Hizbosyaitan;

sumber dari http://nahimunkar.com/libanon-tangkap-ulama-syiah-yang-jadi-mata-mata-israel/

KUALA LUMPUR 1 Ogos – Ulama tersohor, Dr. Yusuf al-Qaradawi telah mengisytiharkan golongan Syiah sebagai golongan kuffar serta merupakan musuh umat Islam keseluruhannya. Kenyataan keras itu telah disebut oleh Yusuf al-Qaradawi dalam satu wawancaranya dengan stesen televisyen al-Jazeera dalam rancangan ‘Syari’ah dan Kehidupan’ pada bulan Jun tahun ini. Beliau berkata, golongan Syiah sebenarnya telah mengkhianati umat Islam dan perkara itu terbukti dengan pembunuhan saudara seakidah di Syria bersama-sama dengan puak Hizbollah.

“Jangan panggil mereka Hizbollah, mereka selayaknya digelar Hizbosyaitan dan Allah tiada kaitan dengan mereka.

“Saya menyeru seluruh umat melawan kuffar dan Syiah di dalam Hizbollah. Mereka ternyata kuffar tanpa sedikit keraguan. Mereka sedang menjalankan operasi etnik di Syria dengan tujuan membina negara Syria Barat di barat Syria,”katanya dalam rancangan tersebut.

Kenyataan al-Qaradawi tentang isu tersebut mendedahkan lagi siapakah Syiah sebenarnya terutama kesannya terhadap penyebaran fahaman itu ke seluruh dunia termasuk Malaysia.
Malaysia baru-baru ini dikejutkan semula dengan isu Syiah dan pada masa sama tiga siri laporan khas telah dibuat dalam Utusan Malaysia.

Pendakwah bebas, Dr. Zahazan Mohamed pula berkata,

 “Syiah bukan sahaja tidak diiktiraf sebagai Islam, malah kemunculan fahaman itu dianggap sebagai ejen Yahudi bertujuan menghancurkan umat Islam.”

Yusuf al-Qaradawi berkata, dengan terhasilnya negara baharu itu umat Islam akan dibahagi-bahagikan dan bertambah kecil. Ujarnya, beliau juga telah menyeru dalam khutbah solat Jumaat agar semua umat Islam seluruh dunia yang memiliki kekuatan dan alternatif segera menentang Iran dan Hizbosyaitan dengan membantu saudara-saudara mereka di Syria.

 “Saya juga mengucapkan tahniah kepada saudara-saudara kita di teluk Arab atas keputusan, Hizbollah adalah organisasi pengganas dan jika mana-mana ahlinya ditemui di negara-negara Teluk akan dibunuh sebagai murtad kafir”.

“Semoga Allah mengutuk Iran, ketua segala kejahatan dan semoga Allah mengutuk Hizbosyaitan dan tulang belakangnya di Iraq dan menyembuhkan mereka yang tercedera dan membebaskan mereka yang diculik. Seterusnya negara Syam yang dicintai akan kembali kepada kita, insya-Allah,” ujarnya.

Dalam temubualnya bersama stesen al-Arabiya juga bulan Jun, beliau turut mengakui para ulama di Arab Saudi lebih mengetahui secara mendalam mengenai bahaya Hizbollah dan gerakan Syiah Iran berbanding dirinya.

 “Pada satu ketika saya pernah mempertahankan gerakan Hizbollah kerana keberanian mereka berhadapan dengan Israel. Pendapat saya pada masa itu bertentangan dengan pandangan ulama-ulama tersebut. Mereka menentang Hizbollah.

“Namun setelah saya melihat apa yang dilakukan oleh Hizbollah terhadap saudara-saudara kita di Syria barulah saya sedar yang ulama-ulama di Arab Saudi lebih matang dan mempunyai pengetahuan cukup luas tentang Hizbollah dan Iran,” ujarnya.



Tapi malangnya segelintir umat Islam yang bermazhab Ahli Sunnah, yang tidak faham mengenai syiah lantas menerimanya sebagai sebuah mazhab akidah. Hanya disebabkan oleh kurangnya pemahaman mengenai syiah dan kurangnya pengetahuan dalam ilmu agama dan mungkin juga kerana kepakaran syiah dalam ‘bertaqiyah’ (berbohong yang menjadi pegangan akidah mereka).


Selain itu, ada dikalangan umat Islam di Malaysia yang turut menjadi pendokong kepada syiah, malah mengagung-angungkan Imam-Imam mereka sampai ke suatu tahap mendewa-dewakan mereka. Sedangkan Imam-Imam Ahlul Bait tidak pernah mengakui mereka sebagai pengikut mereka. Malah turut menyembah gambar-gambar ayatollah-ayatollah mereka.

Golongan ini juga turut mengikut jejak ayatollah-ayatollah mereka dengan mengeluarkan 'fatwa' yang bertentangan dengan Islam. Selain itu mereka juga turut menghina, mencerca dan mencaci-maki Sahabat Nabi Muhammad S.A.W. Ridwanullah alaih, seperti Saidina Abu Bakar As-Siddiq r.a., Saidina Umar Al-Khattab r.a., Saidina Uthman Bin Affan r.a., Saidina Talhah Bin Ubaidillah r.a.. Malah turut menfitnah Saidina Umar r.a. membunuh Saidatina Fatimah Al-Zahra, Pureri Rasullulah S.A.W., dan memanggil Saidina Abu Bakar As-Siddiq r.a. dan Saidina Umar Al-Khattab sebagai dua berhala Quraisy.

Nauzubillahiminzalik,

Mereka mendakwa mereka menyayangi Ahlul Bait, padahal merekalah pembenci dan perosak nama Ahlul Bait yang mulia. Semoga ALLAH S.W.T. menghindari kita dari akidah syiah yang sesat lagi menyesatkan.

Wallahualam...


Saturday, June 29, 2013

PEMIKIRAN YANG SEMPIT DAN JUMUD

Seharusnya perkara ini tidak sepatutnya berlaku dalam dunia Islam yang kita tahu mendokong budaya mengembangan ilmu.  

Islam mengajar umatnya, malah mengalakkan mereka mengamalkan pola pemikiran yang luas serta terbuka. Iaitu kaedah pemikiran yang menjurus kepada perkembangan dari seri ilmu pengetahuan dan kesederhanaan dalam menerima sesuatu perdapat atau kenyataan dari seseorang atau sesetangah pihak.      

Bukannya mengamalkan budaya ‘menelan’ segala apa yang diberi tanpa sebarang bukti atau hujah yang sahih mengokong perkara itu.

Tetapi kebanyakkan  perkara yang berlaku sekarang lebih kepada kaedah pemikiran yang taksub dan jumud yang melampau. Yakni, menolak sebarang perbezaan dengan fahaman anutan sendiri dan melabelkan fahaman lain sebagai sesat, menimpang dan sebagainya, hanya kerana hujjah yang dikeluarkan oleh pihak yang yang tidak bersependapat dengan mereka berbeza dari linkup pemikiran mazhab tersebut.

Foto dari tajdid-dakwah.blogspot.com
Padahal jika kita perhatikan luang lingkup perbezaan hanyalah perkara-perkara yang bersifat ibadah, bukannya perkara-perkara yang bersifat mendasar, yakni akidah dan ketuhanan. Maka ia tidak sepatutnya menjadi suatu asset untuk kita melabel seseorang sebagai menyimpang dan menyesatkan, selagi mana dia tidak lari dari pemikiran asas Agama Islam.

Tambahan pula, adakah kita melabel mereka itu pun atas dasar ilmu atau atas dasar mengikut-ngikut kata-kata ustaz pujaan kita. Sekiranya itu dasar yang kita gunakkan maka sememangnya kita mengamalkan pemikiran yang sempit dan tidak demokratik.

Bukanlah Islam itu datang dan mengajar manusia ‘terima bulat-bulat’, tanpa perlu berfikir, malah Islam mengajar manusia itu berfikir kerana Islam itu datang atas dasar rasionaliti dan masuk akal.

Islam mengajar kita menyelidiki sesuatu perkara, malah meletakkan dasar Ilmu dalam memahami sesuatu perkara dan keadaan.


Walahuallam.

Monday, May 27, 2013

KESILAPAN MEMAHAMI SUNNAH


Sunnah, suatu perkataan yang sudah tidak asing bagi kita umat Islam yang mengucap dua kalimah syahadah. Seperti mana yang kita ketahui, sunnah, di definasikan sebagai perkataan, perbuatan dan iktikad jungjungan kita, Nabi Muhammad SAW. Selain itu sunnah (hadith) juga dikategorikan sebagai sumber kedua dalam Islam, setelah Al-Quran Al-Karim.

Sejak dari kecil kita diajar dengan macam-macam sunnah. Malah, anak-anak kecil kadang-kadang lebih mahir berkaitan dengan hal-hal sunnah berbanding orang dewasa. Maka jika kita tanya, adik-adik yang kecil berkaitan dengan sunnah, dengan pantas mereka dapat menjawabnya dengan betul, contohnya; sunnah bersugi, makan dengan tangan kanan, memberi salam, bersedekah, dan banyak lagi.

Jika kita ingin kumpulkan jumlah keseluruhan sunnah, sudah pasti kita tidak mampu kerana bilangannya ynag terlalu banyak, kerana ia perihal cara hidup dan perkataan Nabi Muhammad SAW, dari umur 25 tahun sehinggalah 63 tahun.

Sedang kita sedang asyik mengamalkan sunnah, terdapat beberapa golongan yang menghadapi kecelaruan dalam memahami sunnah. Malah timbul silap faham dalam memahami konsep sunnah. Dalam memahami dunia sunnah, kita mesti tahu bahawa sunnah Nabi Muhammad SAW semuanya menghala kepada kebaikkan atau kesejahteraan ummah. Tidak ada sebarang sunnah, yang akan menjadi penyebab kebencian dan menjadi punca permusuhan.

Gambar dari Google
Tapi malangnya, keadaan yang saya kata tidak mungkin berlaku itu berlaku. Keadaan sepatutnya menjadi kesukaan, menjadi kebencian. Contohnya; sunnah bersugi. Sunnah yang sangat jarang diambil berat oleh kebanyankkan orang. Bersugi boleh menghilangkan bau mulut yang kuat. Yang mana ia boleh mengganggu orang lain terutamanya ketika solat.

Pernah sekali saya solat berjemaah dibelakang seorang yang mulutnya berbau. MashaAllah, tergganggu solat saya. Saya tak faham, gologan ni kata mereka mengamalkan sunnah, tapi kenapa sunnah bersugi tidak diamalkan terutamanya ketika hendak bersolat ?

Bukan itu sahaja, mulut orang yang berpuasa sunat juga berbau busuk, bila di tanya ; “kenapa tidak gosok gigi, katanya, makruh, lepas waktu zohor” . Saya rasa tidak ada hadis berkaitan dengan makruh gosok gigi lepas zohor. Tapi terdapat hadih berkenaan bersugi;

Dari Abu Hurairah r.a.h. dari Nabi s.a.w. telah bersabda: “Kalau tidaklah akan menyusahkan umatku akan aku suruh mereka bersugi pada tiap-tiap waktu ketika berwuduk “.(Riwayat Ahmad)

Rasullulah, tidak menyebut, tidak boleh bersugi pada bulan Ramadan atau puasa sunat. Malah hukum makruh jika gosok gigi selepas zuhur itu adalah datang dari pendapat ulama. Selain itu, ada ulama yang menyatakan tidak makruh sepertimana pendapat Imam Nawawi r.a.

Jadi sebaiknya, kita perlu fahami dulu konsep sunnah, bukannya mengamalkan sunnah dengan melulu-lulu dan mengikut - mengikut orang lain. Sunnah itu sepatutnya, disusuli dengan ilmu bukan sahaja pengamalan. Barulah sunnah itu menjadi sesuatu yang indah kerana kita telah memahami maksud sebenar disebalik pengamalan sunnah itu.   


Wallahulam...

Thursday, May 23, 2013

KEPELBAGAIAN PENAMPAIAN ISLAH DAN DAKWAH : JANGAN JUMUD !!!



Sejak berabad lamanya Islam telah lama bertapak dihati dan sanubari kita umat Islam. Tapi, adakah kita menyedari, kita sudah berada di zaman, di mana, teknologi mula berkembang maju dan pesat. Jadi sebagai umat Islam yang menurut lunas-lunas Islam, kita mestilah bergerak sezaman agar tidak ketinggalan dalam arus teknologi.

Begitu juga dengan gerakan dakwah Islamiyyah, yang sering disarankan oleh Al-Quran agar kita, umat Islam teruskan usaha untuk terus melakukan dakwah, walau dimana kita berada. Dakwah tidak dilihat dari berapa ramai yang kita berjaya ‘Islamkan’ tapi ia dilihat dari segi “adakah kita telah menyampaikan kalimah-Nya kepada mereka yang masih lagi terkapai-kapai dalam mencari Tuhan”.

Sebelum pergi dengan lebih dalam, saya ingin kalfikasikan disini, tentang kekeliruan masyarakat kita tentang istilah ‘dakwah’ dan ‘islah’. Mungkin ramai diantara kita yang mengenali istilah ‘dakwah’, tapi mungkin tidak ramai yang mengenali istilah ‘Islah’.

Dakwah secara ringkasnya bermaksud mengajak kepada mentauhidkan ALLAH SWT.

Manakala, Islah pula seruan yang bersifat mengajak kepada kebaikkan keatas umat yang sudah sediada Islam, lahir dalam Islam, nama Islam, cuma cara hidup saja yang belum Islam.

Baik, berbalik kepada konsep Islah dikalangan umat Islam. Ada beberapa perkara yang saya ingin tekankan disini. Ia titu beberapa perkara yang ramai diantara kita terlepas pandang dalam soal menyampaikan islah dan dakwah. Pertama, pemikiran jumud dan kolot.


Ada sesetengah orang Islam dikalangan kita yang menyeru umat Islam ke arah kebaikkan, tapi masih menggunakkan kaedah yang lama, iaitu berjumpa seorang orang Islam secara beramai-ramai ibarat nisbah (5 : 1). Memang kita tidak nafikan kaedah berjumpa seacara bersemuka merupakan kaedah yang diajarkan oleh Rasullulah SAW. Tapi kita kene fikir juga tentang keadaan teknologi di zaman itu.

Pada zaman itu tidak ada laptop, internet, telefon, blog, facebook dan lain-lain lagi. Maka sudah semestinya Rasullulah SAW menggunakan alternatif yang ada pada masa itu untuk menyamaikan dakwah. Tapi,sekarang ini kita berada dizaman yang penuh dengan teknologi maklumat, sepatutnya kita menggunakkan segala kaedah untuk menyampaikan dakwah dan islah, bukkannya bertumpu kepada satua kaedah sahaja. Seperi mana firman-Nya;

“Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk”. (An-Nahl: 125)

Selain itu, kita juga kena tahu, bahawa tidak ramai orang suka dengan kaedah, didatangi dengan jumlah yang ramai dan diberi nasihat.Mungkin, ade yang suka dan ada ynag tidak suka. Malah ada juga yang lari apabila bertemu dengan mereka ini. Ini menujukkan mereka tidak gemar bila dikelilingi ramai orang dan ‘dibasuh’ pemikirannya. Ini bukan sahaja menakutkan masyarakat sekekliling, malah memberi gambaran yang buruk kepada sesetengah pihak. Tambahan pula bukan semua orang selesa ditegur atau berborak dengan cara yang begitu.

Maka, penyampaian dakwah perlu lebih fleksible dan lebih toleransi dengan keadaan sekeliling. Kita perlu ‘masuk ke dunia mereka’ untuk menjadikan kita lebih faham dengan keadaan mereka menyebabkan mereka lebih selesa dengan kita. Jadi mudahlah untuk kita menasihati mereka.

Selain itu, badan yang menyampaikan islah dan dakwah kepada orang lain seharusnya lebih bersikap terbuka dan bersikap memebri dan menerima. Malah kaedah dakwah atau silah itu mestilah menjurus kepada ‘berbincang’ dan bukannya ‘berceramah’. Secara jujurnya tidak ramai orang suka mendengar ceramah dari orang lain, tapi ramai orang lebih gemar berbincang mengenai sesuatu topik. Mereka lebih senang untuk memberi dan menerima pendapat dari orang lain. Maka ini menjadikan kaedah penyampaian dakwah atau islah itu lebih baik, malah boleh mengeratkan lagi silaturrahim.

Saya rasa setakat itu dulu, wallahualam.      

Saturday, May 18, 2013

PERSON THAT I LOVE MOST : MY MOTHER

     

For once, in our lifetime. 

There must be someone that we love most. Someone that we care, someone that we put our trust to, someone that we believe, someone that we share our secrets. 
Picture by www.quotesbuddy.com 

Someone, that each of us had.

For 18 years I have lived, I have never met someone like her. She was the one that keep my secrets when I share it with her. She was the one that listen to my problem. 

She was the one that calm me when I face problems in my life. She was the one  that care about me. She was the one  that kept me ‘alive’.

But, it seems that, God love her more than I do…

Even the she is already gone from this world. Even the she is no longer with me, but her spirits and her advice still live with us.

No one is similar with her. To me she was a living-Saint. She was my MOTHER.


KERANA IDEOLOGI, DIA DICERCA...


Assalamualaikum, warahmatullahiwabarakatuh,

Segala puji bagi ALLAH SWT, junjugan kepada Rasul-Nya, Nabi Muhammad SAW,

SubhanaAllah, 

Semakin banyak masalah yang berlaku disebabkan oleh perbezaan ideologi. Hanya kerana perbezaan ideologi, sesetengah pihak dicerca dan dihina, malah turut di ugut bunuh. Sedangkan dia hanya menjalankan tugas dalam kerja dakwahnya. Tetapi hanya kerana dia menegur dan menasihati sesetengah 'pihak' disebabkan kebatilan yang dia nampak lahir dari 'pihak' tersebut, dia bukan diucapkan terima kasih atau diberi bunga, sebaliknya, dia dicerca dan dihina, malah di anggap sebagai ‘Ustaz-Politik’. Malah dia turut di hamburkan berbagai-bagai tomahan yang memalukan dia. Sedangkan da menegur kedua-dua belah pihak, dan tidak pernah berpihak kepada mana-mana kumpulan.

SubhanaAllah,


Adakah ini sikap umat Islam Malaysia yang sebenar, fanatik dan taksub dengan sesetengah pihak, lantas mencerca dan menghentam mana-mana pihak yang tidak sehaluan dengan mereka. Bagi diri saya sebagai umat Islam, saya malu dengan umat Islam Malaysia. Semakin bertambah malu, terutamanya umat Malaysia kini lebih bersikap seperti orang barat yang banyak menghentam paderi-paderi, bishop-bishop mereka. Malah lebih teruk lagi, lebih banyak mencerminkan sikap seperi seorang syiah lebih dari sikap seorang Ahlu Sunnah Wal Jamaah.

Malah lebih bersikap seperti budaya masyaraka jahiliyyah yang menggunakan penyair untuk menbuat bait-bait syair yang bertujuan untuk menjatuhkan sesetengah pihak yang tidak menyokong dan tidak sefahaman dengan mereka.

Inilah sikap umat Islam Malaysia, dimana, Islam itu cuba diangkat dan dijungjung dan cuba difahamkan kepada umat Islam, tapi malangnya ade pihak-pihak yang tidak senang dengan perkara ini bertindak menyekat perkara ini hanya kerana tidak mengikut ‘cara’ mereka.

Malangnya,   

Adakah ini yang di war-warkan Islam sebagai cantik dan Indah....

Islam itu cantik dan bersih, tetapi, malangnya umat Islam itu sendirilah yang telah merosakkan dan mengotorkan Islam...

Wallahualam...

Saturday, May 11, 2013

"Baca,Faham dan Komen"

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Inciden yang baru terjadi 2 hari lepas, berlaku satu kekeliruan dalam memahami teks bacaan...dalam Facebook...Terdapat sesetegah pihak yang mengalami masalah dalam teori, (baca, faham dan komen)...

Asasnya...

Ia merupakan sebuah konsep pemikiran yang sangat mudah, 'baca', 'faham' dan 'komen'. Tapi malangnya, terdapat segelintir orang dikalangan kita yang masih 'keciciran' dalam memahami istilah-istilah diatas. Bahkan menyalahkan pihak yang lain yang dikatakan telah menyebabkan mereka mengalami 'masalah' itu.

Saya menyebutkan hal ini kerana saya mengalaminya. Menjadi 'punca' silap faham yang di pelopori oleh pembaca itu sendiri tapi meletakkan kesilapan itu kepada saya. hahahaha...kesian, masih ade golongan yang meletakkan kesilapan sendiri keatas orang lain. Sedangkan adalah lebih baik dia mengaku kesilapannya itu dan menerima nasihat yang diberikan, bukannya bersifat 'angkuh' dengan memadang rendah orang lain.

Sebaiknya kita sebagai rakyat Malaysia yang bersifat terbuka menerima pendapat dan nasihat orang lain untuk kebaikkan bersama. Lagipun, nasihat bukan boleh menjatuhkan credibiliti seseorang, malah boleh dianggap sebagai suatu 'kritikan membina'.

Bersikap terbukalah dalam memberi dan menerima pendapat untuk menjadikan kita lebih bersikap matang.





Tuesday, May 7, 2013

SAJAK DARI SEORANG ADIKKU BERNAMA MUHAMMAD HAZIM SYAZWAN BIN MOHD HAZRIF


Ingin jariku ini menulis , menulis tentang seseorang. Seorang insan yang bergelar abang. Bermain difikiran yang tak keruan, selalu menjadi panduan dalam setiap langkah. Kata yang terukir menjadi satu azimat buat bekalan di kejauhan. Tika susah payah bersama senyumnya tak lekang , tika sedih bertamu dihiburnya semampu.

Hadirnya menyemai benih mujahadah. Terbitnya melengkap diri, Kelemahan bukan untuk dirintih, Tapi peluang untuk saling melengkap, Terkadang terhiris terguris menguji perasaan, Terkadang senyumnya ku rindu, Terkadang peribadi ini ingin berbicara..

Salam.. Abang… saya ucapkan terima kasih kerana selama ini banyak memberi erti untuk hidup dan agama. Tanpa abang, susah untuk saya jadi manusia yang baik… selama ini jika ada sikap saya yg mengecewakan, saya minta maaf banyak2 kerana x mampu nak jadi mcm abang harapkan… segala jasa yang dicurahkan saya akan ingat sampai mata saya tertutup..

Ya Allah ku harap engkau muliakan abangku ini, Bahagiakan keluarganya, sihatkan tubuh badannya, berkatilah rezekinya, kuatkanlah imannya, berilah kenikmatan dalam beribadah, dijauhkan dari fitnah, diberikan kejayaan yang cemerlang serta suburkanlah benih keislaman dengan penuh rasa kasih sayang tanpa alasan.

Terima kasih ABANG..daripada saya
MUHAMMAD HAZIM SYAZWAN..

Thursday, May 2, 2013

RASUAH: PEMUSNAH NEGARA DAN UMAT ISLAM


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera kepada para pembaca. Baru sahaja pagi ini saya meluangkan masa bersembang bersama bapa saya di kediamannya. Perbualan kami pada asalnya bertumpu kepada fenomena politik negara dan PRU-13, sehinggalah dia sampai kepada suatu perbahasan berkaitan dengan rasuah, kehancuran moral umat Islam dan kepincangan institusi negara yang berpunca dari rasuah.

Para pembaca yang di Rahmati ALLAH SWT,

Rasuah merupakan suatu penyakit yang lebih berbahaya dari H1N1 dan SARS. Malah rasuah juga boleh berjangkit lebih cepat dari Denggi dan Campak. Apakah definisi rasuah? Rasuah merupakan suatu gajala politik wang yang berpunca dari hilangnya sifat amanah dalam diri seseorang. Ia merupakan sesuatu ‘wabak’ yang boleh menghancurkan sebuah negara malah boleh menengelamkan sesebuah tamadun.
Rasuah sepertimana telah jelas dalam Al-Quran telah diharamkan ALLAH SWT, sejak 1400 dahulu lagi, seperti mana Firman-Nya;

Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: "Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba". Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya. (Al-Baqara: 275)

Malah hukum haramnya rasuah, telah disebut didalam kitab-kitab samawi yang telah diturunkan oleh ALLAH SWT, seperti mana Firman ALLAH SWT di dalam Kitab Taurat;

Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab Taurat, yang mengandungi petunjuk dan cahaya yang menerangi; dengan Kitab itu nabi-nabi yang menyerah diri (kepada Allah) menetapkan hukum bagi orang-orang Yahudi, dan (dengannya juga) ulama mereka dan pendita-penditanya (menjalankan hukum Allah), sebab mereka diamanahkan memelihara dan menjalankan hukum-hukum dari Kitab Allah (Taurat) itu, dan mereka pula adalah menjadi penjaga dan pengawasnya (dari sebarang perubahan). Oleh itu janganlah kamu takut kepada manusia tetapi hendaklah kamu takut kepadaKu (dengan menjaga diri dari melakukan maksiat dan patuh akan perintahKu); dan janganlah kamu menjual (membelakangkan) ayat-ayatKu dengan harga yang sedikit (kerana mendapat rasuah, pangkat dan lain-lain keuntungan dunia); dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang kafir. (Al-Maaida: 44)

Maka ini secara jelasnya, tidak mungkin manusia di dunia ini tidak tahu mengenai hukum mengambil rasuah/riba.

Bukan sahaja Al-Quran malah dalam injil juga menyebut perihal riba;

“For I know your manifold transgressions and your mighty sins: they afflict the just, they take a bribe, and they turn aside the poor in the gate from their right. “ (Amos 5:12) (King James Version (1769) with Strong’s Numbers and Morphology)

Maka tidak ada alasan untuk kita umat Islam mengambil riba sebagai sesuatu yang halal untuk diamalkan.
Selain itu telah juga di dalam Al-Quran perihal azab yang akan menimpa orang-orang yang menggunakkan rasuah sebagai jalan mereka ‘mencari’ rezeki ;

Dan juga (disebabkan) mereka mengambil riba padahal mereka telah dilarang melakukannya, dan (disebabkan) mereka memakan harta orang dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya). Dan (ingatlah) Kami telah menyediakan bagi orang-orang yang kafir di antara mereka, azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (An-Nisaa: 161)

Maka sebagai umat Islam yang baik, sebaik-baiknya kita jauhilah diri kita dari dosa riba dan jangan kita meletakkan diri kita didalam lembah kebinasaan dengan berkompromi dengan pihak-pihak yang mengamalakn riba dan rasuah sebagai sebagai sahabat karib mereka…

Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan. (Hud: 113)

Wallahualam…