Wednesday, May 1, 2013

Realiti Umat Islam Masa Kini...



Perbualan ini berlaku atas dasar Islam bukan atas dasar mana-mana parti politik tertentu ;

Saudara A : Assalamualaikum, B ko sihat ?
Saudara B : Waalaikumsalam, A, Alhamdullilah sihat. Ko ?
Saudara A : Alhamdullilah, sihat.
Saudara B : Eh, aku dengar parlimen, dan bubar, ye ke..?
Saudara A : Aaa…ie..dah bubar…hmm…aku rasa ni yang last kot. Pasni ganti orang lain la pulak.
Saudara B : Ko undi ape tahun ni.
Saudara A : Aku kan islam, mesti la undi parti Islam, tak kan la aku nak bersekongkol dengan yang liberal pulak kan. Lagipun diaorg tu kan dah terang-terang tolak hukum Islam.
Saudara B : Aa…ye tak ye jugak, aku pon same je…hmm..eh…aku nak tanya ko, solat cukup tak yang ko bersemangat undi parti Islam nie…
Saudara A : Solat…umm…umm…
Saudara B : Astagfirullahazim, La…solat kene la jaga, kita kan orang Islam, klu kita solat pun tak jaga macam mana ALLAH SWT nak bagi kejayaan dekat kita, sebab kita pun ‘menentang’ arahan Dia. Ni klu bab hukum hudud kita sokong, tapi solatnya tidak…! Mana boleh…solat tu tiang agama, dan melalui solat kita dapat baiki hidup kita ; “ Dan orang-orang yang berpegang teguh dengan Kitab Allah serta mendirikan sembahyang, sesungguhnya Kami tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang berusaha memperbaiki (keadaan hidupnya). (Al-A'raaf: 170)”. Jangan kita nak kerajaan saje yang diubah…kita pon kene berubah, klu tidak, kita same saje lah, dulu dan sekarang pon…tidak ade perubahan…
Saudara A : Oh ye ke….ok la..klu macam tu InshaAllah…lepas ni aku akan jaga solat aku….
Saudara B : Alhamdullilah…

Jadi kepada saudara-saudara seIslam yang masih lagidalam dunia 'ini'...cepat-cepatlah kembali kepada-Nya, sebelum kita 'kembali kepada-Nya'. Kita menyokong Islam, sokong dengan sepenuh hati bukan dengan ikut-ikutan atau berkepentingan.....Wallahualam....

Remaja : Antara 'Semangat dan Taksub'

Assalamualaikum, uhuk...uhuk...hmm...nampaknya berabuk dah bloq ni,..fuh..fuh....huh dekat bertahun- tahun tak bukak blog, sibuk je sepanjang hari dengan kerja yang tak pernah nak siap.Ingatkan tak nak bukak dah, tapi menengokkkan suasana politik yang semakin menular di kalangan remaja masa kini. Rasanya perlu kot berkongsi sedikit sebanyak mengenai penyalahgunaan jiwa dan minda remaja.

Sebelum tu...

Kita tengok dulu, remaja ni siapa ? Remaja, satu golongan yang radikal dan mempunyai jiwa yang mudah memberontak. Remaja juga suatu golongan yang mudah percaya kepada sesetengah pendapat tanpa memikirkan kepada sesuatu dasar yang kukuh. Oleh kerana itu, sifat remaja yang agresif dan mudah terpengaruh, ini menjadi suatu titik kelemahan terhadap diri mereka sekiranya tidak dididik dengan kaedah dan cara yang betul.

Sehubungan dengan itu,


kelemahan ini telah disalah gunakan oleh sesetengah pihak yang, yang bertujuan untuk mengambil keuntungan demi kepentingan diri mereka sendiri. Sifat remaja yang mudah terangsang dengan sebarang tekanan dan keadaan juga berupaya membangkitkan suatu 'semangat' yang didorong atas dasar kejahilan dan hasutan pihak-pihak tertentu . Malah turut menjadikan mereka berupaya untuk memberontak dan menentang sebarang orang yang tidak sehaluan dengan mereka. Selain itu, ia turut menyumbang kepada ketaksuban membuta-tuli yang tidak ada hadnya. Sehinggakan kepatuhan yang melampau kepada sesetengah orang, sehingga tidak dapat membezakan antara yang benar dan yang salah, antara nas agama dan pendapat manusia. Keadaan ini turut menjadikan golongan ini 'sesat' dalam mencari jalan kebenaran, malah mendakwa merekalah kebenaran yang selama ini kita cari.

jadi sebaik-baiknya, sifat agresif remaja ini perlulah didik dan diolah dengan cara yang baik supaya mereka dapat menyumbang kepada keutuhan sebuah negara bukannya kearah meruntuhkan sebuah negara. Kerana mereka ini merupakkan aset negara, yang berkemungkinan meneraju negara ini pada masa hadapan....