Monday, May 27, 2013

KESILAPAN MEMAHAMI SUNNAH


Sunnah, suatu perkataan yang sudah tidak asing bagi kita umat Islam yang mengucap dua kalimah syahadah. Seperti mana yang kita ketahui, sunnah, di definasikan sebagai perkataan, perbuatan dan iktikad jungjungan kita, Nabi Muhammad SAW. Selain itu sunnah (hadith) juga dikategorikan sebagai sumber kedua dalam Islam, setelah Al-Quran Al-Karim.

Sejak dari kecil kita diajar dengan macam-macam sunnah. Malah, anak-anak kecil kadang-kadang lebih mahir berkaitan dengan hal-hal sunnah berbanding orang dewasa. Maka jika kita tanya, adik-adik yang kecil berkaitan dengan sunnah, dengan pantas mereka dapat menjawabnya dengan betul, contohnya; sunnah bersugi, makan dengan tangan kanan, memberi salam, bersedekah, dan banyak lagi.

Jika kita ingin kumpulkan jumlah keseluruhan sunnah, sudah pasti kita tidak mampu kerana bilangannya ynag terlalu banyak, kerana ia perihal cara hidup dan perkataan Nabi Muhammad SAW, dari umur 25 tahun sehinggalah 63 tahun.

Sedang kita sedang asyik mengamalkan sunnah, terdapat beberapa golongan yang menghadapi kecelaruan dalam memahami sunnah. Malah timbul silap faham dalam memahami konsep sunnah. Dalam memahami dunia sunnah, kita mesti tahu bahawa sunnah Nabi Muhammad SAW semuanya menghala kepada kebaikkan atau kesejahteraan ummah. Tidak ada sebarang sunnah, yang akan menjadi penyebab kebencian dan menjadi punca permusuhan.

Gambar dari Google
Tapi malangnya, keadaan yang saya kata tidak mungkin berlaku itu berlaku. Keadaan sepatutnya menjadi kesukaan, menjadi kebencian. Contohnya; sunnah bersugi. Sunnah yang sangat jarang diambil berat oleh kebanyankkan orang. Bersugi boleh menghilangkan bau mulut yang kuat. Yang mana ia boleh mengganggu orang lain terutamanya ketika solat.

Pernah sekali saya solat berjemaah dibelakang seorang yang mulutnya berbau. MashaAllah, tergganggu solat saya. Saya tak faham, gologan ni kata mereka mengamalkan sunnah, tapi kenapa sunnah bersugi tidak diamalkan terutamanya ketika hendak bersolat ?

Bukan itu sahaja, mulut orang yang berpuasa sunat juga berbau busuk, bila di tanya ; “kenapa tidak gosok gigi, katanya, makruh, lepas waktu zohor” . Saya rasa tidak ada hadis berkaitan dengan makruh gosok gigi lepas zohor. Tapi terdapat hadih berkenaan bersugi;

Dari Abu Hurairah r.a.h. dari Nabi s.a.w. telah bersabda: “Kalau tidaklah akan menyusahkan umatku akan aku suruh mereka bersugi pada tiap-tiap waktu ketika berwuduk “.(Riwayat Ahmad)

Rasullulah, tidak menyebut, tidak boleh bersugi pada bulan Ramadan atau puasa sunat. Malah hukum makruh jika gosok gigi selepas zuhur itu adalah datang dari pendapat ulama. Selain itu, ada ulama yang menyatakan tidak makruh sepertimana pendapat Imam Nawawi r.a.

Jadi sebaiknya, kita perlu fahami dulu konsep sunnah, bukannya mengamalkan sunnah dengan melulu-lulu dan mengikut - mengikut orang lain. Sunnah itu sepatutnya, disusuli dengan ilmu bukan sahaja pengamalan. Barulah sunnah itu menjadi sesuatu yang indah kerana kita telah memahami maksud sebenar disebalik pengamalan sunnah itu.   


Wallahulam...