Monday, October 28, 2013

HUDUD : MEKANISMA YANG SUDAH DICAPAI BRUNEI, MALAYSIA ?

Akhir-akhir ini timbul berita yang mengaitkan Brunei dengan perlaksanaan hukum hudud. Hukum hudud yang selama ini sering diperkatakan oleh media masa Malaysia.  Tapi kita lihat, tidak ada sebarang usaha dalam mencapai mekanisma tersebut dari kedua-dua belah pihak. Sekarang Brunei sudah mendahului kita dengan perlaksaan hudud secara berperingkat-peringkat. Tahniah kepada pemimpin dan rakyat Brunei.

Maka ramailah orang-orang yang mula mendesak kerajaan Malaysia, melalui blog, facebook, tweeter, dan banyak lagi bertujuan supaya Malaysia untuk turut sama melaksanakan hudud.

 Sebelum itu, ada satu soalan yang saya nak tanya, adakah Islam dikenali di mata dunia hanya kerana banyak berkisar tentang hukum hudud, ?


Atau Islam lebih kepada menekankan soal kebajikan rakyat, keadilan, keharmonian hidup sebagai orang Islam. Adakah kita fikir negara itu sudah dikira aman dengan melaksanakan hudud ?  Sedih untuk dimaklumkan bahawa kadang-kadang ada negara bukan Islam yang lebih aman dari negara Islam sendiri. Adakah hudud merupakan aspek terpenting dalam melaksakan pemerintahan negara Islam. 

Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.” (Al-Maaida: 8)

Sebenarnya, dengan banyak bercakap soal kekerasan hukuman Islam dalam sesuatu hal atau isu, menyebabkan ramai orang salah sangka dengan Islam. Mereka akan fikir Islam ini sebuah agama yang tidak ada toleransi dan perikemanusiaan. Malah, Islam akan dipandang sebagai sebuah agama yang banyak menghukum dari memaafkan. Maka tidak anehlah sekiranya kita dapati banyak gambaran buruk mengenai Islam di media barat. Mereka telah mendapat maklumat dan gambaran yang salah mengenai Islam.

Salah siapa ? Salah kita la !! kita yang menjadikan Islam jahat dan kejam dimata mereka. Sedangkan Islam sebenarnya sebuah agama yang Rahmat kepada sekerlian alam. Sepertimana firman ALLAH SWT;

    “Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam”(Al-Anbiyaa: 107)

Islam bukan diturunkan untuk menghukum manusia malah menunjukkan jalan dan membimbing manusia ke jalan yang benar. Islam bergerak dengan rasionaliti dan kesempurnaan. Islam berperanan menegakkan keadilan dan menghapuskan penyelewengan dan ketidakadilan.  Malah Islam bergerak dari zaman ke zaman, walau berbagai zaman berlalu, Islam tetap diatas dasar yang kukuh dan kuat, malah relevan bagi setiap masa dan ketika. Malah dari kaca mata Islam , semua orang sama setiap satu dari yang lain. Hanya taqwa yang membezakan kita disisi ALLAH SWT. 

berbalik semula pada isu hudud;

Dalam konteks perlaksaan hudud, saya memetik kata-kata As-Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi dalam rancangan ('Hudud Dalam Wacana Fiqh Masa Kini", TV Al Jazeera , 10 Januari 2011), perkara yang perlu dilaksana sebelum melakukan hudud ;  

·         Beri makan kepada orang yang lapar (orang miskin)
·         Sediakan pekerjaan kepada para penganggur
·         Ajarkan orang yang jahil
·         Latih para pekerja
·         Membangunkan masyarakat Muslim
Malah menurutnya lagi, hudud dilaksanakan selepas melaksanakan segala perkara yang berkaitan dengan Agama Islam. dari sudut ;

·         Akidah
·         Syariat
·         Akhlak
·         Tatasusila 
·         Nilai-nilai murni
dan katanya lagi, dalam keadaan umat Islam ini membangun selepas kesemuanya dilaksanakan, barulah dilaksanakan hukum hudud.




Wallahulam.