Wednesday, October 30, 2013

KATANYA SOKONG PARTI ISLAM...???

Sentiasa meletakkan Islam dihadapan, itulah yang kita inginkan dan harapkan. Sentiasa menjadikan Tok Guru, Ulama sebagai contoh dan teladan. Itulah yang sepatutnya.

Tapi jika kita hanya sekadar sokong dan undi saja tanpa bergerak dan bertindak seperti mana yang disarankan oleh Ulama pujaan kita, itu adalah kerugian dan kecelakaan yang amat besar bagi kita.  
Foto daripada http://myibrah.com/wp-content/uploads/2011/11/diakhir-zaman-300x193.jpg

Adakah dia fikir dengan hanya menyokong dan mengundi parti tertentu kita sudah ‘free’ dari dosa dan dijamin selam-lamanya ???

Malah adakah itu menjadi lesen kepada kita untuk  menghina dan mencerca musuh-musuh kita hanya kerana mereka berbeza dengan ideologi kita.

Tidak sepatutnya berlaku bagi mereka yang menyatakan ‘saya undi parti Islam’, tapi dari segi perilaku dan akhlaknya tidak mencermin sebagaimana yang dinyatakan. Inilah yang menjadi duri dan menjadi racun kepada perjuangan Islam. Saya paling benci golongan yang menyatakan kami menyokong Islam, tapi sikap dan tingkah lakunya jauh dari apa yang dislogankan.

Jangan kita hanya melaungkan ‘Kami nak Islam’ tanpa mengamalkan nilai-nilai Islam. Golongan inilah yang hanya mengikut, tapi, tidak mengambil pengajaran dari apa yang diikutnya. Janganlah kita menjadi orang yang muflis diakhirat kerana kita telah menyangka kita sudah selamat didunia.

Sahabat-sahabat seperjuanganku,

Sepatutnya kita menjadi lebih beradab dan beragama, apabila kita menjadikan Ulama-ulama sebagai idola dan ikon kita. Sepatutnya dengan menyertai gerakkan-gerakkan yang berunsur Islamic kita menjadi lebih baik, tapi hal yang sebaliknya pula berlaku. Kalau orang dari parti sekular yang menjadi makin jauh dari agama itu tidak menjadi suatu perkara yang pelik, tapi apabila hal ini menjadi terbalik. Ini suatu keanehan yang tidak sepatutnya berlaku.

Semoga ALLAH SWT Menghindarkan kita dari menjadi golongan yang menjadi racun dan duri kepada Islam dan ummatnya.

Wallahualam…