Pendakwah :
Mereka akan menegur dan
mengkritik orang politik yang melakukan kesalahan dan kezaliman kerana mereka
marah kerana ALLAH S.W.T, kerana dia tahu apa yang pemerintah lakukan itu
menyalahi syara’. Mereka akan tegas dengan kritikan yang mereka lakukan.
Tapi sekiranya mereka melihat
orang politik melakukan kebaikkan dan kebajikan mereka akan berasa gembira
kerana mereka membuat kebaikkan. Mereka merasa bersyukur kerana ahli politik
itu ingin juga berbuat baik.
foto daripada obrolanpolitik.blogspot.com
|
berbeza
dengan Ahli politik ;
Ahli Politik Yang Tidak Ada
Semangat Dakwah :
Mereka akan gembira sekiranya
musuh politik mereka membuat kesilapan kerana mereka ada hujah untuk menghentam
musuh politik mereka. Malah mereka akan
merasa seronok dengan kesilapan yang dilakukan oleh musuh politik mereka
Dan sekiranya mereka lihat,
musuh politik mereka buat benda baik, mereka akan merasa tergugat dan akan
mempersoal dan mempertikai kebaikan yang dilakukan oleh musuh politik mereka.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Kesimpulannya
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jadi kalau kita nak tahu hati
kita ni pendakwah atau ahli politik yang tidak ada nilai, kita tengok pada
situasi ini;
sekirnya kita tengok musuh politik kita buat
salah, kita seronok ke kecewa. Kalau kita kata kecewa sedangkan kita rasa
seronok dengan kesalahan itu kerana kita ada ‘point’ untuk hentam musuh kita. Itu
menandakan hati kita bukan hati daie.
Fikir-fikirkanlah…wallahualam…