Nabi Hazqiya
A.S.
Berkata Muhammad bin Ishak: Adapun sebelum
Nabi Zakaria A.S. dan Nabi Yahya A.S. dan juga sebelum Nabi Isa A.S. dan Nabi
Muhammad S.A.W., terdapat zaman pemerintahan kerajaan yang bernama Nabi Hazqiya
A.S. kepada kaum Bani Israe di Negara Baitul Maqdis. Dia ditaati dan
perintahnya didengar serta tidak ditegah daripada segala kebaikkan.
Adapun ramai yang menyatakan bahawa
pemerintahannya adalah besar di zaman Bani Israel. Apabila kekuasaannya telah
berlalu sehingga menyebabkan dia melarikan diri dan kakinya luka-luka, dia
berkeinginan untuk ke Baitul Maqdis, di mana zaman itu berada dibawah
pemerintahan kerajaan Sanharib. Pemerintahan itu berlangsung selama seribu enam
ratus tahun.
Ramai manusia meminta perlindungan daripada
Nabi Hazqiya A.S. Malik bertanya kepada Rasulullah S.A.W. : apakah Allah
memberikan wahyu kepadamu tentang pemerintahan kerajaan Sanharib?” jawab
Rasulullah S.A.W. : Tidak diwahyukan kepadaku sesuatupun tentang mereka
sesudahnya.” Kemudia turun kepadanya wahyu mengenai pemerintahan kerajaan Nabi
Hazqiya A.S., yang mengadungi wasiat dan pengganti pada kekuasaan kerajaan
sebelumnya. Wahyu itu turun kerana telah hamper waktu ajalnya Nabi Hazqiya A.S.
Ketika malaikat mengkhabarkan perkara itu,
maka dia, Nabi Hazqiya A.S. mengadap kiblat untuk solat, membaca tasbih dan
berdoa serta menangis. Dia menangis dan merendahkan diri di hadapan ALLAH
S.W.T. dengan hati yang ikhlas, disertai tawakkal dan sabra. Ya ALLAH S.W.T.,
Zat yang memelihara dan Tuhan Yang Maha Pengasih dan Penyayang. Wahai Zat yang
tidak pernah mengantuk dan tidak pernah tidur. Ingatlah aku dengan amalmu dan
pekerjaan ku. Dan baguskanlah keputusanku pada Bani Israel. Kerana itu adalah
dari-Mu. Maka Engkau Maha Mengetahui akan keadaan diriku sama ada yang rahsia
atau yang tidak.
Kisah Ini
Di Ambil Dari :
Katsir Al-Quraisy, A. F. (2003). Kisah Para Nabi :
Teladan Bagi Orang Berakal (4th ed.). (A. A. Muhtar, Trans.) Johor Bahru,
Johor Darul Takzim, Malaysia: PERNIAGAAN JAHABERSA.
No comments:
Post a Comment