Akhir-akhir ini timbul berita yang mengaitkan Brunei
dengan perlaksanaan hukum hudud. Hukum hudud yang selama ini sering
diperkatakan oleh media masa Malaysia. Tapi kita lihat, tidak ada
sebarang usaha dalam mencapai mekanisma tersebut dari kedua-dua belah pihak.
Sekarang Brunei sudah mendahului kita dengan perlaksaan hudud secara
berperingkat-peringkat. Tahniah kepada pemimpin dan rakyat Brunei.
Maka ramailah
orang-orang yang mula mendesak kerajaan Malaysia, melalui blog, facebook,
tweeter, dan banyak lagi bertujuan supaya Malaysia untuk turut sama
melaksanakan hudud.
Sebelum itu,
ada satu soalan yang saya nak tanya, adakah Islam dikenali di mata dunia hanya
kerana banyak berkisar tentang hukum hudud, ?
Atau Islam lebih
kepada menekankan soal kebajikan rakyat, keadilan, keharmonian hidup sebagai
orang Islam. Adakah kita fikir negara itu sudah dikira aman dengan melaksanakan
hudud ? Sedih untuk dimaklumkan bahawa kadang-kadang ada negara bukan
Islam yang lebih aman dari negara Islam sendiri. Adakah hudud merupakan aspek
terpenting dalam melaksakan pemerintahan negara Islam.
“Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah
kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah,
lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap
sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu
berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada
taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan
mendalam akan apa yang kamu lakukan.” (Al-Maaida:
8)
Sebenarnya, dengan
banyak bercakap soal kekerasan hukuman Islam dalam sesuatu hal atau isu,
menyebabkan ramai orang salah sangka dengan Islam. Mereka akan fikir Islam ini
sebuah agama yang tidak ada toleransi dan perikemanusiaan. Malah, Islam akan
dipandang sebagai sebuah agama yang banyak menghukum dari memaafkan. Maka tidak
anehlah sekiranya kita dapati banyak gambaran buruk mengenai Islam di media
barat. Mereka telah mendapat maklumat dan gambaran yang salah mengenai Islam.
Salah siapa ? Salah
kita la !! kita yang menjadikan Islam jahat dan kejam dimata mereka. Sedangkan
Islam sebenarnya sebuah agama yang Rahmat kepada sekerlian alam. Sepertimana
firman ALLAH SWT;
“Dan
tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi
rahmat bagi sekalian alam”. (Al-Anbiyaa: 107)
Islam bukan
diturunkan untuk menghukum manusia malah menunjukkan jalan dan membimbing
manusia ke jalan yang benar. Islam bergerak dengan rasionaliti dan
kesempurnaan. Islam berperanan menegakkan keadilan dan menghapuskan
penyelewengan dan ketidakadilan. Malah Islam bergerak dari zaman ke
zaman, walau berbagai zaman berlalu, Islam tetap diatas dasar yang kukuh dan
kuat, malah relevan bagi setiap masa dan ketika. Malah dari kaca mata Islam ,
semua orang sama setiap satu dari yang lain. Hanya taqwa yang membezakan kita
disisi ALLAH SWT.
berbalik semula
pada isu hudud;
Dalam konteks
perlaksaan hudud, saya memetik kata-kata As-Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi dalam
rancangan ('Hudud Dalam Wacana Fiqh Masa Kini", TV Al Jazeera , 10 Januari
2011), perkara yang perlu dilaksana sebelum melakukan hudud ;
·
Beri makan kepada orang yang lapar
(orang miskin)
·
Sediakan pekerjaan kepada para
penganggur
·
Ajarkan orang yang jahil
·
Latih para pekerja
·
Membangunkan masyarakat Muslim
Malah
menurutnya lagi, hudud dilaksanakan selepas melaksanakan segala perkara yang
berkaitan dengan Agama Islam. dari sudut ;
·
Akidah
·
Syariat
·
Akhlak
·
Tatasusila
·
Nilai-nilai murni
dan
katanya lagi, dalam keadaan umat Islam ini membangun selepas kesemuanya
dilaksanakan, barulah dilaksanakan hukum hudud.
Wallahulam.