Seharusnya perkara ini tidak
sepatutnya berlaku dalam dunia Islam yang kita tahu mendokong budaya
mengembangan ilmu.
Islam mengajar umatnya,
malah mengalakkan mereka mengamalkan pola pemikiran yang luas serta terbuka.
Iaitu kaedah pemikiran yang menjurus kepada perkembangan dari seri ilmu
pengetahuan dan kesederhanaan dalam menerima sesuatu perdapat atau kenyataan
dari seseorang atau sesetangah pihak.
Bukannya mengamalkan budaya
‘menelan’ segala apa yang diberi tanpa sebarang bukti atau hujah yang sahih
mengokong perkara itu.
Tetapi kebanyakkan perkara yang berlaku sekarang lebih kepada
kaedah pemikiran yang taksub dan jumud yang melampau. Yakni, menolak sebarang
perbezaan dengan fahaman anutan sendiri dan melabelkan fahaman lain sebagai
sesat, menimpang dan sebagainya, hanya kerana hujjah yang dikeluarkan oleh
pihak yang yang tidak bersependapat dengan mereka berbeza dari linkup pemikiran
mazhab tersebut.
Foto dari tajdid-dakwah.blogspot.com |
Padahal jika kita perhatikan
luang lingkup perbezaan hanyalah perkara-perkara yang bersifat ibadah, bukannya
perkara-perkara yang bersifat mendasar, yakni akidah dan ketuhanan. Maka ia
tidak sepatutnya menjadi suatu asset untuk kita melabel seseorang sebagai menyimpang
dan menyesatkan, selagi mana dia tidak lari dari pemikiran asas Agama Islam.
Tambahan pula, adakah kita
melabel mereka itu pun atas dasar ilmu atau atas dasar mengikut-ngikut
kata-kata ustaz pujaan kita. Sekiranya itu dasar yang kita gunakkan maka
sememangnya kita mengamalkan pemikiran yang sempit dan tidak demokratik.
Bukanlah Islam itu datang
dan mengajar manusia ‘terima bulat-bulat’, tanpa perlu berfikir, malah Islam mengajar manusia itu
berfikir kerana Islam itu datang atas dasar rasionaliti dan masuk akal.
Islam mengajar kita
menyelidiki sesuatu perkara, malah meletakkan dasar Ilmu dalam memahami sesuatu
perkara dan keadaan.
Walahuallam.