Sentiasa meletakkan Islam
dihadapan, itulah yang kita inginkan dan harapkan. Sentiasa menjadikan Tok
Guru, Ulama sebagai contoh dan teladan. Itulah yang sepatutnya.
Tapi jika kita hanya
sekadar sokong dan undi saja tanpa bergerak dan bertindak seperti mana yang
disarankan oleh Ulama pujaan kita, itu adalah kerugian dan kecelakaan yang amat
besar bagi kita.
Foto daripada http://myibrah.com/wp-content/uploads/2011/11/diakhir-zaman-300x193.jpg
|
Adakah dia fikir
dengan hanya menyokong dan mengundi parti tertentu kita sudah ‘free’ dari dosa
dan dijamin selam-lamanya ???
Malah adakah itu
menjadi lesen kepada kita untuk menghina
dan mencerca musuh-musuh kita hanya kerana mereka berbeza dengan ideologi kita.
Tidak sepatutnya
berlaku bagi mereka yang menyatakan ‘saya undi parti Islam’, tapi dari segi
perilaku dan akhlaknya tidak mencermin sebagaimana yang dinyatakan. Inilah yang
menjadi duri dan menjadi racun kepada perjuangan Islam. Saya paling benci
golongan yang menyatakan kami menyokong Islam, tapi sikap dan tingkah lakunya
jauh dari apa yang dislogankan.
Jangan kita hanya
melaungkan ‘Kami nak Islam’ tanpa mengamalkan nilai-nilai Islam. Golongan
inilah yang hanya mengikut, tapi, tidak mengambil pengajaran dari apa yang
diikutnya. Janganlah kita menjadi orang yang muflis diakhirat kerana kita telah
menyangka kita sudah selamat didunia.
Sahabat-sahabat seperjuanganku,
Sepatutnya kita menjadi
lebih beradab dan beragama, apabila kita menjadikan Ulama-ulama sebagai idola
dan ikon kita. Sepatutnya dengan menyertai gerakkan-gerakkan yang berunsur
Islamic kita menjadi lebih baik, tapi hal yang sebaliknya pula berlaku. Kalau
orang dari parti sekular yang menjadi makin jauh dari agama itu tidak menjadi
suatu perkara yang pelik, tapi apabila hal ini menjadi terbalik. Ini suatu keanehan yang
tidak sepatutnya berlaku.
Semoga ALLAH SWT Menghindarkan kita dari menjadi golongan yang menjadi racun dan duri kepada
Islam dan ummatnya.
Wallahualam…