Tuesday, August 26, 2014

NASIHAT KEPADA INDIVIDU YANG BERGELAR GURU

Sekolah merupakan sebuah institusi yang ditubuhkan untuk melahirkan ramai cerdik pandai dikalangan manusia dan bukannya bertujuan untuk menghasilkan "robot-robot" yang hanya berfungsi sebagai sebuah mesin yang tidak mengenal letih, penat, sosial dan kehidupan. 

Malahan sekolah juga bukannya tempat untuk menaikkan nama sesetengah 'guru', dengan mengorbankan kebebasan dan kehidupan orang lain. Pemaksaan dalam pembelajaran yang tidak mengenal rehat hanya akan melahirkan insan yang tahu imu, tapi tidak tahu apa gunannya ilmu dalam kehidupan mereka. Golongan ini akan menjadi orang yang gagal dalam hidup bermasyarakat dan hidup berkeluarga berpunca dari sikap sesetengah 'guru' yang meletakkan akademik semata-mata dan mengendahkan penerapan nilai-nilai murni ke dalam diri pelajar. 


Wednesday, October 30, 2013

KATANYA SOKONG PARTI ISLAM...???

Sentiasa meletakkan Islam dihadapan, itulah yang kita inginkan dan harapkan. Sentiasa menjadikan Tok Guru, Ulama sebagai contoh dan teladan. Itulah yang sepatutnya.

Tapi jika kita hanya sekadar sokong dan undi saja tanpa bergerak dan bertindak seperti mana yang disarankan oleh Ulama pujaan kita, itu adalah kerugian dan kecelakaan yang amat besar bagi kita.  
Foto daripada http://myibrah.com/wp-content/uploads/2011/11/diakhir-zaman-300x193.jpg

Adakah dia fikir dengan hanya menyokong dan mengundi parti tertentu kita sudah ‘free’ dari dosa dan dijamin selam-lamanya ???

Malah adakah itu menjadi lesen kepada kita untuk  menghina dan mencerca musuh-musuh kita hanya kerana mereka berbeza dengan ideologi kita.

Tidak sepatutnya berlaku bagi mereka yang menyatakan ‘saya undi parti Islam’, tapi dari segi perilaku dan akhlaknya tidak mencermin sebagaimana yang dinyatakan. Inilah yang menjadi duri dan menjadi racun kepada perjuangan Islam. Saya paling benci golongan yang menyatakan kami menyokong Islam, tapi sikap dan tingkah lakunya jauh dari apa yang dislogankan.

Jangan kita hanya melaungkan ‘Kami nak Islam’ tanpa mengamalkan nilai-nilai Islam. Golongan inilah yang hanya mengikut, tapi, tidak mengambil pengajaran dari apa yang diikutnya. Janganlah kita menjadi orang yang muflis diakhirat kerana kita telah menyangka kita sudah selamat didunia.

Sahabat-sahabat seperjuanganku,

Sepatutnya kita menjadi lebih beradab dan beragama, apabila kita menjadikan Ulama-ulama sebagai idola dan ikon kita. Sepatutnya dengan menyertai gerakkan-gerakkan yang berunsur Islamic kita menjadi lebih baik, tapi hal yang sebaliknya pula berlaku. Kalau orang dari parti sekular yang menjadi makin jauh dari agama itu tidak menjadi suatu perkara yang pelik, tapi apabila hal ini menjadi terbalik. Ini suatu keanehan yang tidak sepatutnya berlaku.

Semoga ALLAH SWT Menghindarkan kita dari menjadi golongan yang menjadi racun dan duri kepada Islam dan ummatnya.

Wallahualam…


  

Monday, October 28, 2013

HUDUD : MEKANISMA YANG SUDAH DICAPAI BRUNEI, MALAYSIA ?

Akhir-akhir ini timbul berita yang mengaitkan Brunei dengan perlaksanaan hukum hudud. Hukum hudud yang selama ini sering diperkatakan oleh media masa Malaysia.  Tapi kita lihat, tidak ada sebarang usaha dalam mencapai mekanisma tersebut dari kedua-dua belah pihak. Sekarang Brunei sudah mendahului kita dengan perlaksaan hudud secara berperingkat-peringkat. Tahniah kepada pemimpin dan rakyat Brunei.

Maka ramailah orang-orang yang mula mendesak kerajaan Malaysia, melalui blog, facebook, tweeter, dan banyak lagi bertujuan supaya Malaysia untuk turut sama melaksanakan hudud.

 Sebelum itu, ada satu soalan yang saya nak tanya, adakah Islam dikenali di mata dunia hanya kerana banyak berkisar tentang hukum hudud, ?


Atau Islam lebih kepada menekankan soal kebajikan rakyat, keadilan, keharmonian hidup sebagai orang Islam. Adakah kita fikir negara itu sudah dikira aman dengan melaksanakan hudud ?  Sedih untuk dimaklumkan bahawa kadang-kadang ada negara bukan Islam yang lebih aman dari negara Islam sendiri. Adakah hudud merupakan aspek terpenting dalam melaksakan pemerintahan negara Islam. 

Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.” (Al-Maaida: 8)

Sebenarnya, dengan banyak bercakap soal kekerasan hukuman Islam dalam sesuatu hal atau isu, menyebabkan ramai orang salah sangka dengan Islam. Mereka akan fikir Islam ini sebuah agama yang tidak ada toleransi dan perikemanusiaan. Malah, Islam akan dipandang sebagai sebuah agama yang banyak menghukum dari memaafkan. Maka tidak anehlah sekiranya kita dapati banyak gambaran buruk mengenai Islam di media barat. Mereka telah mendapat maklumat dan gambaran yang salah mengenai Islam.

Salah siapa ? Salah kita la !! kita yang menjadikan Islam jahat dan kejam dimata mereka. Sedangkan Islam sebenarnya sebuah agama yang Rahmat kepada sekerlian alam. Sepertimana firman ALLAH SWT;

    “Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam”(Al-Anbiyaa: 107)

Islam bukan diturunkan untuk menghukum manusia malah menunjukkan jalan dan membimbing manusia ke jalan yang benar. Islam bergerak dengan rasionaliti dan kesempurnaan. Islam berperanan menegakkan keadilan dan menghapuskan penyelewengan dan ketidakadilan.  Malah Islam bergerak dari zaman ke zaman, walau berbagai zaman berlalu, Islam tetap diatas dasar yang kukuh dan kuat, malah relevan bagi setiap masa dan ketika. Malah dari kaca mata Islam , semua orang sama setiap satu dari yang lain. Hanya taqwa yang membezakan kita disisi ALLAH SWT. 

berbalik semula pada isu hudud;

Dalam konteks perlaksaan hudud, saya memetik kata-kata As-Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi dalam rancangan ('Hudud Dalam Wacana Fiqh Masa Kini", TV Al Jazeera , 10 Januari 2011), perkara yang perlu dilaksana sebelum melakukan hudud ;  

·         Beri makan kepada orang yang lapar (orang miskin)
·         Sediakan pekerjaan kepada para penganggur
·         Ajarkan orang yang jahil
·         Latih para pekerja
·         Membangunkan masyarakat Muslim
Malah menurutnya lagi, hudud dilaksanakan selepas melaksanakan segala perkara yang berkaitan dengan Agama Islam. dari sudut ;

·         Akidah
·         Syariat
·         Akhlak
·         Tatasusila 
·         Nilai-nilai murni
dan katanya lagi, dalam keadaan umat Islam ini membangun selepas kesemuanya dilaksanakan, barulah dilaksanakan hukum hudud.




Wallahulam. 

Wednesday, September 4, 2013

Perbezaan Antara Pendakwah Dengan Ahli Politik Yang Tiada Semangat Dakwah

Pendakwah :

Mereka akan menegur dan mengkritik orang politik yang melakukan kesalahan dan kezaliman kerana mereka marah kerana ALLAH S.W.T, kerana dia tahu apa yang pemerintah lakukan itu menyalahi syara’. Mereka akan tegas dengan kritikan yang mereka lakukan.

Tapi sekiranya mereka melihat orang politik melakukan kebaikkan dan kebajikan mereka akan berasa gembira kerana mereka membuat kebaikkan. Mereka merasa bersyukur kerana ahli politik itu ingin juga berbuat baik.
foto daripada obrolanpolitik.blogspot.com

berbeza dengan Ahli politik ;

Ahli Politik Yang Tidak Ada Semangat Dakwah :

Mereka akan gembira sekiranya musuh politik mereka membuat kesilapan kerana mereka ada hujah untuk menghentam musuh politik mereka.  Malah mereka akan merasa seronok dengan kesilapan yang dilakukan oleh musuh politik mereka

Dan sekiranya mereka lihat, musuh politik mereka buat benda baik, mereka akan merasa tergugat dan akan mempersoal dan mempertikai kebaikan yang dilakukan oleh musuh politik mereka.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ Kesimpulannya ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Jadi kalau kita nak tahu hati kita ni pendakwah atau ahli politik yang tidak ada nilai, kita tengok pada situasi ini;

 sekirnya kita tengok musuh politik kita buat salah, kita seronok ke kecewa. Kalau kita kata kecewa sedangkan kita rasa seronok dengan kesalahan itu kerana kita ada ‘point’ untuk hentam musuh kita. Itu menandakan hati kita bukan hati daie.

Fikir-fikirkanlah…wallahualam…  


Tuesday, August 20, 2013

KONSEP KESESATAN SYIAH...



*      Rukun imamah/walayah

Al-Kulaini meriwayatkan bahawa Islam itu terbina atas 5 perkara iaitu solat, puasa, zakat, haji dan walayah/imamah.

Mempercayai bahawa Imam-Imam mereka yakni Ahlul-bait dilantik berdasarkan nas dan wajib ditaati dan dipatuhi. Mereka juga mendakwa Imam-Imam mereka sebagai maksum dan terpelihara dari sebarang dosa.

  
*      Menuduh al-quran sebagai tidak lengkap dan menyeleweng

Mempercayai bahawa Al-Quran yang diturunkan kepada umat Islam sebagai tidak lengkap dan menyeleweng malah turut dikatakan sesetengah ayat tersilap tempat.

“Berkaitan dengan taarif Al-Quran sebahagian ulama syiah berkata berlaku tahrif Al-Quran pada sebahagian ayat. Ayat ini diletakkan bukan tempatnya, mengenai hal ini ramai ulama syiah yang menyatakan begitu…sebahagian kecil ulama syiah menyatakan berlaku pengurangan ayat Al-Quran”. (Syeikh Ali Al-Kurani)

*      Mengkafirkan sahabat sebahagian dari aqidah

Mengkafirkan para sahabat Nabi Muhammad SAW dan mengganggap mereka telah murtad selepas kewafatan Rasullulah SAW melainkan beberapa orang yang lain dianggap murtad, antaranya ialah Saidina Abu Bakar As-Siddiq ra, Saidina Umar Al-Khattab ra, Saidina Uthman Bin Affan ra, Saidina Talhah Bin Ubaidillah ra, Saidina Zubair Ibn Awwam ra. (Kitab Raudhatul Al-Kafi)


*      taqiyyah/berbohong adalah sebahagian dari aqidah

Taqiyyah pada hakikatnya ialah berdusta dan berbohong. Ulamak Islam di zaman dahulu tidak mahu menerima riwayat yang dikemukakan oleh mereka 

Al-Imam Asy-Syafie berkata; 

"Tidak pemah aku melihat golongan yang menurut hawa nafsu yang lebih pembohong daripada golongan Syiah".


*      Hari raj’ah (balas dendam)

Para Imam akan dibangkitkan sebelum kiamat untuk membalas dendam menghukum penzalim yang telah merampas hak – hak mereka termasuk para sahabat.

*      Kawin mutah

Perkahwinan yang tidak memerlukan kepada saksi, wali dan perisytiharan, la boleh dilakukan antara seorang perempuan dengan seorang lelaki di mana-mana sahaja, boleh dilakukan dengan perempuan Majusi, Nasrani dan Yahudi dan dengan
perempuan pelacur sekalipun dan bilangan mereka tiada had (boleh lebih 4) - Khomeini

(Tahdhib Al-Ahkam, J.7 hal 254; An-Nihayah, hal 489)

*      Percaya bahawa selain dari syiah adalah anjing

Mereka (Ahli Sunnah atau Nasibi) lebih jelek daripada anak zina. “Sesungguhnya ALLAH  tidak mencipta binatang yang lebih hina daripada anjing tetapi Nasibi adalah lebih hina daripadanya lagi”. (Haqq Al-Yaqin, J.2 hal 536)  



*Ini cumalah sebahagian dari kesesatan syiah, terdapat banyak lagi kita akan sambung lagi perbincangan ini...inshaAllah...

RUJUKAN