
Al-Kulaini meriwayatkan bahawa
Islam itu terbina atas 5 perkara iaitu solat, puasa, zakat, haji dan
walayah/imamah.
Mempercayai bahawa Imam-Imam
mereka yakni Ahlul-bait dilantik berdasarkan nas dan wajib ditaati dan
dipatuhi. Mereka juga mendakwa Imam-Imam mereka sebagai maksum dan terpelihara
dari sebarang dosa.

Mempercayai bahawa Al-Quran yang
diturunkan kepada umat Islam sebagai tidak lengkap dan menyeleweng malah turut
dikatakan sesetengah ayat tersilap tempat.
“Berkaitan dengan taarif Al-Quran
sebahagian ulama syiah berkata berlaku tahrif Al-Quran pada sebahagian ayat.
Ayat ini diletakkan bukan tempatnya, mengenai hal ini ramai ulama syiah yang
menyatakan begitu…sebahagian kecil ulama syiah menyatakan berlaku pengurangan
ayat Al-Quran”. (Syeikh Ali Al-Kurani)

Mengkafirkan para sahabat Nabi
Muhammad SAW dan mengganggap mereka telah murtad selepas kewafatan Rasullulah
SAW melainkan beberapa orang yang lain dianggap murtad, antaranya ialah Saidina
Abu Bakar As-Siddiq ra, Saidina Umar Al-Khattab ra, Saidina Uthman Bin Affan
ra, Saidina Talhah Bin Ubaidillah ra, Saidina Zubair Ibn Awwam ra. (Kitab
Raudhatul Al-Kafi)

Taqiyyah pada hakikatnya ialah berdusta dan berbohong. Ulamak Islam di zaman dahulu tidak mahu menerima riwayat yang dikemukakan oleh mereka
Al-Imam Asy-Syafie berkata;
"Tidak pemah aku melihat golongan yang menurut hawa nafsu yang lebih pembohong daripada golongan Syiah".

Para Imam akan dibangkitkan
sebelum kiamat untuk membalas dendam menghukum penzalim yang telah merampas hak
– hak mereka termasuk para sahabat.

Perkahwinan yang tidak memerlukan kepada saksi, wali dan perisytiharan, la boleh dilakukan antara seorang perempuan dengan seorang lelaki di mana-mana sahaja, boleh dilakukan dengan perempuan Majusi, Nasrani dan Yahudi dan dengan
perempuan pelacur sekalipun dan bilangan mereka tiada had (boleh lebih 4) - Khomeini
(Tahdhib Al-Ahkam, J.7 hal 254; An-Nihayah, hal 489)
perempuan pelacur sekalipun dan bilangan mereka tiada had (boleh lebih 4) - Khomeini
(Tahdhib Al-Ahkam, J.7 hal 254; An-Nihayah, hal 489)

Mereka (Ahli Sunnah atau Nasibi)
lebih jelek daripada anak zina. “Sesungguhnya ALLAH tidak mencipta binatang yang lebih hina
daripada anjing tetapi Nasibi adalah lebih hina daripadanya lagi”. (Haqq
Al-Yaqin, J.2 hal 536)
*Ini cumalah sebahagian dari kesesatan syiah, terdapat banyak lagi kita akan sambung lagi perbincangan ini...inshaAllah...
RUJUKAN
No comments:
Post a Comment