Sejak berabad lamanya Islam telah lama bertapak dihati
dan sanubari kita umat Islam. Tapi, adakah kita menyedari, kita sudah berada di
zaman, di mana, teknologi mula berkembang maju dan pesat. Jadi sebagai umat
Islam yang menurut lunas-lunas Islam, kita mestilah bergerak sezaman agar tidak
ketinggalan dalam arus teknologi.
Begitu juga dengan gerakan dakwah Islamiyyah, yang sering
disarankan oleh Al-Quran agar kita, umat Islam teruskan usaha untuk terus melakukan
dakwah, walau dimana kita berada. Dakwah tidak dilihat dari berapa ramai yang
kita berjaya ‘Islamkan’ tapi ia dilihat dari segi “adakah kita telah
menyampaikan kalimah-Nya kepada mereka yang masih lagi terkapai-kapai dalam
mencari Tuhan”.
Sebelum pergi dengan lebih dalam, saya ingin kalfikasikan
disini, tentang kekeliruan masyarakat kita tentang istilah ‘dakwah’ dan
‘islah’. Mungkin ramai diantara kita yang mengenali istilah ‘dakwah’, tapi
mungkin tidak ramai yang mengenali istilah ‘Islah’.
Dakwah secara ringkasnya bermaksud mengajak kepada
mentauhidkan ALLAH SWT.
Manakala, Islah pula seruan yang bersifat mengajak kepada
kebaikkan keatas umat yang sudah sediada Islam, lahir dalam Islam, nama Islam,
cuma cara hidup saja yang belum Islam.
Baik, berbalik kepada konsep Islah dikalangan umat Islam.
Ada beberapa perkara yang saya ingin tekankan disini. Ia titu beberapa perkara
yang ramai diantara kita terlepas pandang dalam soal menyampaikan islah dan
dakwah. Pertama, pemikiran jumud dan kolot.
Ada sesetengah orang Islam dikalangan kita yang menyeru
umat Islam ke arah kebaikkan, tapi masih menggunakkan kaedah yang lama, iaitu
berjumpa seorang orang Islam secara beramai-ramai ibarat nisbah (5 : 1). Memang
kita tidak nafikan kaedah berjumpa seacara bersemuka merupakan kaedah yang
diajarkan oleh Rasullulah SAW. Tapi kita kene fikir juga tentang keadaan
teknologi di zaman itu.
Pada zaman itu tidak ada laptop, internet, telefon, blog,
facebook dan lain-lain lagi. Maka sudah semestinya Rasullulah SAW menggunakan
alternatif yang ada pada masa itu untuk menyamaikan dakwah. Tapi,sekarang ini
kita berada dizaman yang penuh dengan teknologi maklumat, sepatutnya kita
menggunakkan segala kaedah untuk menyampaikan dakwah dan islah, bukkannya
bertumpu kepada satua kaedah sahaja. Seperi mana firman-Nya;
“Serulah
ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat
pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu)
dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih
mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih
mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk”. (An-Nahl: 125)
Selain itu, kita juga kena tahu, bahawa tidak ramai orang
suka dengan kaedah, didatangi dengan jumlah yang ramai dan diberi nasihat.Mungkin,
ade yang suka dan ada ynag tidak suka. Malah ada juga yang lari apabila bertemu
dengan mereka ini. Ini menujukkan mereka tidak gemar bila dikelilingi ramai
orang dan ‘dibasuh’ pemikirannya. Ini bukan sahaja menakutkan masyarakat
sekekliling, malah memberi gambaran yang buruk kepada sesetengah pihak. Tambahan
pula bukan semua orang selesa ditegur atau berborak dengan cara yang begitu.
Maka, penyampaian dakwah perlu lebih fleksible dan lebih
toleransi dengan keadaan sekeliling. Kita perlu ‘masuk ke dunia mereka’ untuk menjadikan kita lebih faham dengan keadaan
mereka menyebabkan mereka lebih selesa dengan kita. Jadi mudahlah untuk kita
menasihati mereka.
Selain itu, badan yang menyampaikan islah dan dakwah
kepada orang lain seharusnya lebih bersikap terbuka dan bersikap memebri dan
menerima. Malah kaedah dakwah atau silah itu mestilah menjurus kepada ‘berbincang’
dan bukannya ‘berceramah’. Secara jujurnya tidak ramai orang suka mendengar
ceramah dari orang lain, tapi ramai orang lebih gemar berbincang mengenai sesuatu
topik. Mereka lebih senang untuk memberi dan menerima pendapat dari orang lain.
Maka ini menjadikan kaedah penyampaian dakwah atau islah itu lebih baik, malah
boleh mengeratkan lagi silaturrahim.
Saya rasa setakat itu dulu, wallahualam.
No comments:
Post a Comment