Assalamualaikum, warahmatullahiwabarakatuh,
Segala puji bagi ALLAH SWT, junjugan kepada Rasul-Nya, Nabi
Muhammad SAW,
SubhanaAllah,
Semakin banyak masalah yang berlaku disebabkan
oleh perbezaan ideologi. Hanya kerana perbezaan ideologi, sesetengah pihak
dicerca dan dihina, malah turut di ugut bunuh. Sedangkan dia hanya menjalankan
tugas dalam kerja dakwahnya. Tetapi hanya kerana dia menegur dan menasihati
sesetengah 'pihak' disebabkan kebatilan yang dia nampak lahir dari 'pihak' tersebut, dia bukan diucapkan terima kasih atau diberi bunga, sebaliknya, dia dicerca
dan dihina, malah di anggap sebagai ‘Ustaz-Politik’. Malah dia turut di
hamburkan berbagai-bagai tomahan yang memalukan dia. Sedangkan da menegur
kedua-dua belah pihak, dan tidak pernah berpihak kepada mana-mana kumpulan.
SubhanaAllah,
Adakah ini sikap umat Islam Malaysia yang sebenar,
fanatik dan taksub dengan sesetengah pihak, lantas mencerca dan menghentam
mana-mana pihak yang tidak sehaluan dengan mereka. Bagi diri saya sebagai umat
Islam, saya malu dengan umat Islam Malaysia. Semakin bertambah malu,
terutamanya umat Malaysia kini lebih bersikap seperti orang barat yang banyak
menghentam paderi-paderi, bishop-bishop mereka. Malah lebih teruk lagi, lebih
banyak mencerminkan sikap seperi seorang syiah lebih dari sikap seorang Ahlu
Sunnah Wal Jamaah.
Malah lebih bersikap seperti budaya masyaraka jahiliyyah
yang menggunakan penyair untuk menbuat bait-bait syair yang bertujuan untuk menjatuhkan
sesetengah pihak yang tidak menyokong dan tidak sefahaman dengan mereka.
Inilah sikap umat Islam Malaysia, dimana, Islam itu cuba
diangkat dan dijungjung dan cuba difahamkan kepada umat Islam, tapi malangnya
ade pihak-pihak yang tidak senang dengan perkara ini bertindak menyekat perkara
ini hanya kerana tidak mengikut ‘cara’ mereka.
Malangnya,
Adakah ini yang di war-warkan Islam sebagai cantik dan Indah....
Islam itu cantik dan bersih, tetapi, malangnya umat Islam
itu sendirilah yang telah merosakkan dan mengotorkan Islam...
Wallahualam...
No comments:
Post a Comment