Wednesday, May 1, 2013

Remaja : Antara 'Semangat dan Taksub'

Assalamualaikum, uhuk...uhuk...hmm...nampaknya berabuk dah bloq ni,..fuh..fuh....huh dekat bertahun- tahun tak bukak blog, sibuk je sepanjang hari dengan kerja yang tak pernah nak siap.Ingatkan tak nak bukak dah, tapi menengokkkan suasana politik yang semakin menular di kalangan remaja masa kini. Rasanya perlu kot berkongsi sedikit sebanyak mengenai penyalahgunaan jiwa dan minda remaja.

Sebelum tu...

Kita tengok dulu, remaja ni siapa ? Remaja, satu golongan yang radikal dan mempunyai jiwa yang mudah memberontak. Remaja juga suatu golongan yang mudah percaya kepada sesetengah pendapat tanpa memikirkan kepada sesuatu dasar yang kukuh. Oleh kerana itu, sifat remaja yang agresif dan mudah terpengaruh, ini menjadi suatu titik kelemahan terhadap diri mereka sekiranya tidak dididik dengan kaedah dan cara yang betul.

Sehubungan dengan itu,


kelemahan ini telah disalah gunakan oleh sesetengah pihak yang, yang bertujuan untuk mengambil keuntungan demi kepentingan diri mereka sendiri. Sifat remaja yang mudah terangsang dengan sebarang tekanan dan keadaan juga berupaya membangkitkan suatu 'semangat' yang didorong atas dasar kejahilan dan hasutan pihak-pihak tertentu . Malah turut menjadikan mereka berupaya untuk memberontak dan menentang sebarang orang yang tidak sehaluan dengan mereka. Selain itu, ia turut menyumbang kepada ketaksuban membuta-tuli yang tidak ada hadnya. Sehinggakan kepatuhan yang melampau kepada sesetengah orang, sehingga tidak dapat membezakan antara yang benar dan yang salah, antara nas agama dan pendapat manusia. Keadaan ini turut menjadikan golongan ini 'sesat' dalam mencari jalan kebenaran, malah mendakwa merekalah kebenaran yang selama ini kita cari.

jadi sebaik-baiknya, sifat agresif remaja ini perlulah didik dan diolah dengan cara yang baik supaya mereka dapat menyumbang kepada keutuhan sebuah negara bukannya kearah meruntuhkan sebuah negara. Kerana mereka ini merupakkan aset negara, yang berkemungkinan meneraju negara ini pada masa hadapan....

No comments:

Post a Comment