Assalamualaikum, salam sejahtera kepada saudara-saudara Muslimku dan
saudara-saudaraku yang bukan Muslim, terlebih dahulu diucapkan rasa syukur
kehadrat Ilahii kerana dengan limpah dan rahmatnya, kita masih lagi diberi
peluang untuk menghirup udara yang segar dari kurniaan-Nya.
Seperti yang kita ketahui pada akhir akhir ini banyak terdapat
tomahan-tomahan, cercaan-cercaan dan penghinaan yang dilakukan keatas
sesetengah pihak hanya kerana berbeza pendapat sahaja.
Foto bersumber dari Ilmuanmalaysia.com |
“Wahai sekalian manusia!
Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri
yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya
(isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan -
lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu
meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim)
kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu. (An-Nisaa: 1)”.
dan sifat permusuhan itu adalah adalah dilarang dalam islam;.
“Dan tidaklah sama (kesannya dan
hukumnya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan
yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku
demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta
akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib. (Fussilat: 34)”.
Dan islam juga menegaskan bahawa, sekiranya berlaku perselisihan faham
dikalangan kita orang Islam maka kembalilah kita kepada Kitab Al-Quran Al-Karim dan Al-Hadith.
Maka tidak sepatutnya dikalangan kita umat Islam menggunakkan perselisiahan
dan perbezaan itu sebagai alat untuk menghentam pihak lawannya. Meskipun
perselisihan itu tidak dapat juga diselsaikan, maka hormati perbezaan pendapat
itu dan hiduplah kita dengan aman dan tenteram. Kalau kita terus menerus
menggunakkan perbezaan pendapat itu sabagai senjata, maka tidak ada lagi keharmonian
dalam hidup kita sebagai seorang Islam.
No comments:
Post a Comment