Assalamualaikum
warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera kepada para pembaca. Baru sahaja pagi ini saya meluangkan masa bersembang bersama bapa saya di kediamannya.
Perbualan kami pada asalnya bertumpu kepada fenomena politik negara dan PRU-13,
sehinggalah dia sampai kepada suatu perbahasan berkaitan dengan rasuah,
kehancuran moral umat Islam dan kepincangan institusi negara yang berpunca dari
rasuah.
Para
pembaca yang di Rahmati ALLAH SWT,
Rasuah
merupakan suatu penyakit yang lebih berbahaya dari H1N1 dan SARS. Malah rasuah
juga boleh berjangkit lebih cepat dari Denggi dan Campak. Apakah definisi
rasuah? Rasuah merupakan suatu gajala politik wang yang berpunca dari hilangnya
sifat amanah dalam diri seseorang. Ia merupakan sesuatu ‘wabak’ yang boleh
menghancurkan sebuah negara malah boleh menengelamkan sesebuah tamadun.
Rasuah
sepertimana telah jelas dalam Al-Quran telah diharamkan ALLAH SWT, sejak 1400
dahulu lagi, seperti mana Firman-Nya;
Orang-orang
yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti
berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan
(Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: "Bahawa
sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti
riba". Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang
telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti
(dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum
pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada
Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka
itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya. (Al-Baqara: 275)
Malah
hukum haramnya rasuah, telah disebut didalam kitab-kitab samawi yang telah
diturunkan oleh ALLAH SWT, seperti mana Firman ALLAH SWT di dalam Kitab Taurat;
Sesungguhnya Kami telah
menurunkan Kitab Taurat, yang mengandungi petunjuk dan cahaya yang menerangi;
dengan Kitab itu nabi-nabi yang menyerah diri (kepada Allah) menetapkan hukum
bagi orang-orang Yahudi, dan (dengannya juga) ulama mereka dan
pendita-penditanya (menjalankan hukum Allah), sebab mereka diamanahkan
memelihara dan menjalankan hukum-hukum dari Kitab Allah (Taurat) itu, dan
mereka pula adalah menjadi penjaga dan pengawasnya (dari sebarang perubahan).
Oleh itu janganlah kamu takut kepada manusia tetapi hendaklah kamu takut
kepadaKu (dengan menjaga diri dari melakukan maksiat dan patuh akan
perintahKu); dan janganlah kamu menjual (membelakangkan) ayat-ayatKu dengan
harga yang sedikit (kerana mendapat rasuah, pangkat dan lain-lain keuntungan
dunia); dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh
Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang kafir. (Al-Maaida: 44)
Maka
ini secara jelasnya, tidak mungkin manusia di dunia ini tidak tahu mengenai
hukum mengambil rasuah/riba.
Bukan
sahaja Al-Quran malah dalam injil juga menyebut perihal riba;
“For
I know your manifold transgressions and your mighty sins: they afflict the
just, they take a bribe, and they turn aside the poor in the gate from their
right. “ (Amos 5:12) (King James Version (1769) with Strong’s Numbers and
Morphology)
Maka
tidak ada alasan untuk kita umat Islam mengambil riba sebagai sesuatu yang
halal untuk diamalkan.
Selain
itu telah juga di dalam Al-Quran perihal azab yang akan menimpa orang-orang yang
menggunakkan rasuah sebagai jalan mereka ‘mencari’ rezeki ;
Dan
juga (disebabkan) mereka mengambil riba padahal
mereka telah dilarang melakukannya, dan (disebabkan) mereka memakan harta orang
dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya). Dan (ingatlah) Kami telah
menyediakan bagi orang-orang yang kafir di antara mereka, azab seksa yang tidak
terperi sakitnya. (An-Nisaa: 161)
Maka sebagai umat
Islam yang baik, sebaik-baiknya kita jauhilah diri kita dari dosa riba dan
jangan kita meletakkan diri kita didalam lembah kebinasaan dengan berkompromi
dengan pihak-pihak yang mengamalakn riba dan rasuah sebagai sebagai sahabat
karib mereka…
Dan
janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang
berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar
kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah.
Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu)
kamu tidak akan mendapat pertolongan. (Hud: 113)
Wallahualam…
No comments:
Post a Comment