Thursday, May 2, 2013

RASUAH: PEMUSNAH NEGARA DAN UMAT ISLAM


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera kepada para pembaca. Baru sahaja pagi ini saya meluangkan masa bersembang bersama bapa saya di kediamannya. Perbualan kami pada asalnya bertumpu kepada fenomena politik negara dan PRU-13, sehinggalah dia sampai kepada suatu perbahasan berkaitan dengan rasuah, kehancuran moral umat Islam dan kepincangan institusi negara yang berpunca dari rasuah.

Para pembaca yang di Rahmati ALLAH SWT,

Rasuah merupakan suatu penyakit yang lebih berbahaya dari H1N1 dan SARS. Malah rasuah juga boleh berjangkit lebih cepat dari Denggi dan Campak. Apakah definisi rasuah? Rasuah merupakan suatu gajala politik wang yang berpunca dari hilangnya sifat amanah dalam diri seseorang. Ia merupakan sesuatu ‘wabak’ yang boleh menghancurkan sebuah negara malah boleh menengelamkan sesebuah tamadun.
Rasuah sepertimana telah jelas dalam Al-Quran telah diharamkan ALLAH SWT, sejak 1400 dahulu lagi, seperti mana Firman-Nya;

Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: "Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba". Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya. (Al-Baqara: 275)

Malah hukum haramnya rasuah, telah disebut didalam kitab-kitab samawi yang telah diturunkan oleh ALLAH SWT, seperti mana Firman ALLAH SWT di dalam Kitab Taurat;

Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab Taurat, yang mengandungi petunjuk dan cahaya yang menerangi; dengan Kitab itu nabi-nabi yang menyerah diri (kepada Allah) menetapkan hukum bagi orang-orang Yahudi, dan (dengannya juga) ulama mereka dan pendita-penditanya (menjalankan hukum Allah), sebab mereka diamanahkan memelihara dan menjalankan hukum-hukum dari Kitab Allah (Taurat) itu, dan mereka pula adalah menjadi penjaga dan pengawasnya (dari sebarang perubahan). Oleh itu janganlah kamu takut kepada manusia tetapi hendaklah kamu takut kepadaKu (dengan menjaga diri dari melakukan maksiat dan patuh akan perintahKu); dan janganlah kamu menjual (membelakangkan) ayat-ayatKu dengan harga yang sedikit (kerana mendapat rasuah, pangkat dan lain-lain keuntungan dunia); dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang kafir. (Al-Maaida: 44)

Maka ini secara jelasnya, tidak mungkin manusia di dunia ini tidak tahu mengenai hukum mengambil rasuah/riba.

Bukan sahaja Al-Quran malah dalam injil juga menyebut perihal riba;

“For I know your manifold transgressions and your mighty sins: they afflict the just, they take a bribe, and they turn aside the poor in the gate from their right. “ (Amos 5:12) (King James Version (1769) with Strong’s Numbers and Morphology)

Maka tidak ada alasan untuk kita umat Islam mengambil riba sebagai sesuatu yang halal untuk diamalkan.
Selain itu telah juga di dalam Al-Quran perihal azab yang akan menimpa orang-orang yang menggunakkan rasuah sebagai jalan mereka ‘mencari’ rezeki ;

Dan juga (disebabkan) mereka mengambil riba padahal mereka telah dilarang melakukannya, dan (disebabkan) mereka memakan harta orang dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya). Dan (ingatlah) Kami telah menyediakan bagi orang-orang yang kafir di antara mereka, azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (An-Nisaa: 161)

Maka sebagai umat Islam yang baik, sebaik-baiknya kita jauhilah diri kita dari dosa riba dan jangan kita meletakkan diri kita didalam lembah kebinasaan dengan berkompromi dengan pihak-pihak yang mengamalakn riba dan rasuah sebagai sebagai sahabat karib mereka…

Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan. (Hud: 113)

Wallahualam…

Meraikan Perbezaan Pendapat


Assalamualaikum, salam sejahtera kepada saudara-saudara Muslimku dan saudara-saudaraku yang bukan Muslim, terlebih dahulu diucapkan rasa syukur kehadrat Ilahii kerana dengan limpah dan rahmatnya, kita masih lagi diberi peluang untuk menghirup udara yang segar dari kurniaan-Nya.

Seperti yang kita ketahui pada akhir akhir ini banyak terdapat tomahan-tomahan, cercaan-cercaan dan penghinaan yang dilakukan keatas sesetengah pihak hanya kerana berbeza pendapat sahaja.
Foto bersumber dari Ilmuanmalaysia.com  
Sebagaimana yang kita telah ketahui, setiap manusia mempunyai pendapat yang tersendiri. Sepertimana sifat dan perangai yang berbagai-bagai, begitu juga pendapat. Sebagai seorang Muslim yang baik kita sangat digalakkan menerima dan menghormati pendapat masing-masing meskipun kita berlainan ideology atau pegangan.  Tambahan pula, sifat berbaik-baik itu amatlah disuruh dalam Islam sebagaimana firman-Nya;

“Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu. (An-Nisaa: 1)”.

dan sifat permusuhan itu adalah adalah dilarang dalam islam;.

“Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib. (Fussilat: 34)”.

Dan islam juga menegaskan bahawa, sekiranya berlaku perselisihan faham dikalangan kita orang Islam maka kembalilah kita kepada Kitab Al-Quran Al-Karim dan Al-Hadith.

Maka tidak sepatutnya dikalangan kita umat Islam menggunakkan perselisiahan dan perbezaan itu sebagai alat untuk menghentam pihak lawannya. Meskipun perselisihan itu tidak dapat juga diselsaikan, maka hormati perbezaan pendapat itu dan hiduplah kita dengan aman dan tenteram. Kalau kita terus menerus menggunakkan perbezaan pendapat itu sabagai senjata, maka tidak ada lagi keharmonian dalam hidup kita sebagai seorang Islam.