SIRAH AL-ANBIYA'


Nabi Hazqiya A.S.

Berkata Muhammad bin Ishak: Adapun sebelum Nabi Zakaria A.S. dan Nabi Yahya A.S. dan juga sebelum Nabi Isa A.S. dan Nabi Muhammad S.A.W., terdapat zaman pemerintahan kerajaan yang bernama Nabi Hazqiya A.S. kepada kaum Bani Israe di Negara Baitul Maqdis. Dia ditaati dan perintahnya didengar serta tidak ditegah daripada segala kebaikkan.

Adapun ramai yang menyatakan bahawa pemerintahannya adalah besar di zaman Bani Israel. Apabila kekuasaannya telah berlalu sehingga menyebabkan dia melarikan diri dan kakinya luka-luka, dia berkeinginan untuk ke Baitul Maqdis, di mana zaman itu berada dibawah pemerintahan kerajaan Sanharib. Pemerintahan itu berlangsung selama seribu enam ratus tahun.

Ramai manusia meminta perlindungan daripada Nabi Hazqiya A.S. Malik bertanya kepada Rasulullah S.A.W. : apakah Allah memberikan wahyu kepadamu tentang pemerintahan kerajaan Sanharib?” jawab Rasulullah S.A.W. : Tidak diwahyukan kepadaku sesuatupun tentang mereka sesudahnya.” Kemudia turun kepadanya wahyu mengenai pemerintahan kerajaan Nabi Hazqiya A.S., yang mengadungi wasiat dan pengganti pada kekuasaan kerajaan sebelumnya. Wahyu itu turun kerana telah hamper waktu ajalnya Nabi Hazqiya A.S.

Ketika malaikat mengkhabarkan perkara itu, maka dia, Nabi Hazqiya A.S. mengadap kiblat untuk solat, membaca tasbih dan berdoa serta menangis. Dia menangis dan merendahkan diri di hadapan ALLAH S.W.T. dengan hati yang ikhlas, disertai tawakkal dan sabra. Ya ALLAH S.W.T., Zat yang memelihara dan Tuhan Yang Maha Pengasih dan Penyayang. Wahai Zat yang tidak pernah mengantuk dan tidak pernah tidur. Ingatlah aku dengan amalmu dan pekerjaan ku. Dan baguskanlah keputusanku pada Bani Israel. Kerana itu adalah dari-Mu. Maka Engkau Maha Mengetahui akan keadaan diriku sama ada yang rahsia atau yang tidak.

Kisah Ini Di  Ambil Dari :

Katsir Al-Quraisy, A. F. (2003). Kisah Para Nabi : Teladan Bagi Orang Berakal (4th ed.). (A. A. Muhtar, Trans.) Johor Bahru, Johor Darul Takzim, Malaysia: PERNIAGAAN JAHABERSA.

 


.

No comments:

Post a Comment