Monday, May 27, 2013

KESILAPAN MEMAHAMI SUNNAH


Sunnah, suatu perkataan yang sudah tidak asing bagi kita umat Islam yang mengucap dua kalimah syahadah. Seperti mana yang kita ketahui, sunnah, di definasikan sebagai perkataan, perbuatan dan iktikad jungjungan kita, Nabi Muhammad SAW. Selain itu sunnah (hadith) juga dikategorikan sebagai sumber kedua dalam Islam, setelah Al-Quran Al-Karim.

Sejak dari kecil kita diajar dengan macam-macam sunnah. Malah, anak-anak kecil kadang-kadang lebih mahir berkaitan dengan hal-hal sunnah berbanding orang dewasa. Maka jika kita tanya, adik-adik yang kecil berkaitan dengan sunnah, dengan pantas mereka dapat menjawabnya dengan betul, contohnya; sunnah bersugi, makan dengan tangan kanan, memberi salam, bersedekah, dan banyak lagi.

Jika kita ingin kumpulkan jumlah keseluruhan sunnah, sudah pasti kita tidak mampu kerana bilangannya ynag terlalu banyak, kerana ia perihal cara hidup dan perkataan Nabi Muhammad SAW, dari umur 25 tahun sehinggalah 63 tahun.

Sedang kita sedang asyik mengamalkan sunnah, terdapat beberapa golongan yang menghadapi kecelaruan dalam memahami sunnah. Malah timbul silap faham dalam memahami konsep sunnah. Dalam memahami dunia sunnah, kita mesti tahu bahawa sunnah Nabi Muhammad SAW semuanya menghala kepada kebaikkan atau kesejahteraan ummah. Tidak ada sebarang sunnah, yang akan menjadi penyebab kebencian dan menjadi punca permusuhan.

Gambar dari Google
Tapi malangnya, keadaan yang saya kata tidak mungkin berlaku itu berlaku. Keadaan sepatutnya menjadi kesukaan, menjadi kebencian. Contohnya; sunnah bersugi. Sunnah yang sangat jarang diambil berat oleh kebanyankkan orang. Bersugi boleh menghilangkan bau mulut yang kuat. Yang mana ia boleh mengganggu orang lain terutamanya ketika solat.

Pernah sekali saya solat berjemaah dibelakang seorang yang mulutnya berbau. MashaAllah, tergganggu solat saya. Saya tak faham, gologan ni kata mereka mengamalkan sunnah, tapi kenapa sunnah bersugi tidak diamalkan terutamanya ketika hendak bersolat ?

Bukan itu sahaja, mulut orang yang berpuasa sunat juga berbau busuk, bila di tanya ; “kenapa tidak gosok gigi, katanya, makruh, lepas waktu zohor” . Saya rasa tidak ada hadis berkaitan dengan makruh gosok gigi lepas zohor. Tapi terdapat hadih berkenaan bersugi;

Dari Abu Hurairah r.a.h. dari Nabi s.a.w. telah bersabda: “Kalau tidaklah akan menyusahkan umatku akan aku suruh mereka bersugi pada tiap-tiap waktu ketika berwuduk “.(Riwayat Ahmad)

Rasullulah, tidak menyebut, tidak boleh bersugi pada bulan Ramadan atau puasa sunat. Malah hukum makruh jika gosok gigi selepas zuhur itu adalah datang dari pendapat ulama. Selain itu, ada ulama yang menyatakan tidak makruh sepertimana pendapat Imam Nawawi r.a.

Jadi sebaiknya, kita perlu fahami dulu konsep sunnah, bukannya mengamalkan sunnah dengan melulu-lulu dan mengikut - mengikut orang lain. Sunnah itu sepatutnya, disusuli dengan ilmu bukan sahaja pengamalan. Barulah sunnah itu menjadi sesuatu yang indah kerana kita telah memahami maksud sebenar disebalik pengamalan sunnah itu.   


Wallahulam...

Thursday, May 23, 2013

KEPELBAGAIAN PENAMPAIAN ISLAH DAN DAKWAH : JANGAN JUMUD !!!



Sejak berabad lamanya Islam telah lama bertapak dihati dan sanubari kita umat Islam. Tapi, adakah kita menyedari, kita sudah berada di zaman, di mana, teknologi mula berkembang maju dan pesat. Jadi sebagai umat Islam yang menurut lunas-lunas Islam, kita mestilah bergerak sezaman agar tidak ketinggalan dalam arus teknologi.

Begitu juga dengan gerakan dakwah Islamiyyah, yang sering disarankan oleh Al-Quran agar kita, umat Islam teruskan usaha untuk terus melakukan dakwah, walau dimana kita berada. Dakwah tidak dilihat dari berapa ramai yang kita berjaya ‘Islamkan’ tapi ia dilihat dari segi “adakah kita telah menyampaikan kalimah-Nya kepada mereka yang masih lagi terkapai-kapai dalam mencari Tuhan”.

Sebelum pergi dengan lebih dalam, saya ingin kalfikasikan disini, tentang kekeliruan masyarakat kita tentang istilah ‘dakwah’ dan ‘islah’. Mungkin ramai diantara kita yang mengenali istilah ‘dakwah’, tapi mungkin tidak ramai yang mengenali istilah ‘Islah’.

Dakwah secara ringkasnya bermaksud mengajak kepada mentauhidkan ALLAH SWT.

Manakala, Islah pula seruan yang bersifat mengajak kepada kebaikkan keatas umat yang sudah sediada Islam, lahir dalam Islam, nama Islam, cuma cara hidup saja yang belum Islam.

Baik, berbalik kepada konsep Islah dikalangan umat Islam. Ada beberapa perkara yang saya ingin tekankan disini. Ia titu beberapa perkara yang ramai diantara kita terlepas pandang dalam soal menyampaikan islah dan dakwah. Pertama, pemikiran jumud dan kolot.


Ada sesetengah orang Islam dikalangan kita yang menyeru umat Islam ke arah kebaikkan, tapi masih menggunakkan kaedah yang lama, iaitu berjumpa seorang orang Islam secara beramai-ramai ibarat nisbah (5 : 1). Memang kita tidak nafikan kaedah berjumpa seacara bersemuka merupakan kaedah yang diajarkan oleh Rasullulah SAW. Tapi kita kene fikir juga tentang keadaan teknologi di zaman itu.

Pada zaman itu tidak ada laptop, internet, telefon, blog, facebook dan lain-lain lagi. Maka sudah semestinya Rasullulah SAW menggunakan alternatif yang ada pada masa itu untuk menyamaikan dakwah. Tapi,sekarang ini kita berada dizaman yang penuh dengan teknologi maklumat, sepatutnya kita menggunakkan segala kaedah untuk menyampaikan dakwah dan islah, bukkannya bertumpu kepada satua kaedah sahaja. Seperi mana firman-Nya;

“Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk”. (An-Nahl: 125)

Selain itu, kita juga kena tahu, bahawa tidak ramai orang suka dengan kaedah, didatangi dengan jumlah yang ramai dan diberi nasihat.Mungkin, ade yang suka dan ada ynag tidak suka. Malah ada juga yang lari apabila bertemu dengan mereka ini. Ini menujukkan mereka tidak gemar bila dikelilingi ramai orang dan ‘dibasuh’ pemikirannya. Ini bukan sahaja menakutkan masyarakat sekekliling, malah memberi gambaran yang buruk kepada sesetengah pihak. Tambahan pula bukan semua orang selesa ditegur atau berborak dengan cara yang begitu.

Maka, penyampaian dakwah perlu lebih fleksible dan lebih toleransi dengan keadaan sekeliling. Kita perlu ‘masuk ke dunia mereka’ untuk menjadikan kita lebih faham dengan keadaan mereka menyebabkan mereka lebih selesa dengan kita. Jadi mudahlah untuk kita menasihati mereka.

Selain itu, badan yang menyampaikan islah dan dakwah kepada orang lain seharusnya lebih bersikap terbuka dan bersikap memebri dan menerima. Malah kaedah dakwah atau silah itu mestilah menjurus kepada ‘berbincang’ dan bukannya ‘berceramah’. Secara jujurnya tidak ramai orang suka mendengar ceramah dari orang lain, tapi ramai orang lebih gemar berbincang mengenai sesuatu topik. Mereka lebih senang untuk memberi dan menerima pendapat dari orang lain. Maka ini menjadikan kaedah penyampaian dakwah atau islah itu lebih baik, malah boleh mengeratkan lagi silaturrahim.

Saya rasa setakat itu dulu, wallahualam.      

Saturday, May 18, 2013

PERSON THAT I LOVE MOST : MY MOTHER

     

For once, in our lifetime. 

There must be someone that we love most. Someone that we care, someone that we put our trust to, someone that we believe, someone that we share our secrets. 
Picture by www.quotesbuddy.com 

Someone, that each of us had.

For 18 years I have lived, I have never met someone like her. She was the one that keep my secrets when I share it with her. She was the one that listen to my problem. 

She was the one that calm me when I face problems in my life. She was the one  that care about me. She was the one  that kept me ‘alive’.

But, it seems that, God love her more than I do…

Even the she is already gone from this world. Even the she is no longer with me, but her spirits and her advice still live with us.

No one is similar with her. To me she was a living-Saint. She was my MOTHER.


KERANA IDEOLOGI, DIA DICERCA...


Assalamualaikum, warahmatullahiwabarakatuh,

Segala puji bagi ALLAH SWT, junjugan kepada Rasul-Nya, Nabi Muhammad SAW,

SubhanaAllah, 

Semakin banyak masalah yang berlaku disebabkan oleh perbezaan ideologi. Hanya kerana perbezaan ideologi, sesetengah pihak dicerca dan dihina, malah turut di ugut bunuh. Sedangkan dia hanya menjalankan tugas dalam kerja dakwahnya. Tetapi hanya kerana dia menegur dan menasihati sesetengah 'pihak' disebabkan kebatilan yang dia nampak lahir dari 'pihak' tersebut, dia bukan diucapkan terima kasih atau diberi bunga, sebaliknya, dia dicerca dan dihina, malah di anggap sebagai ‘Ustaz-Politik’. Malah dia turut di hamburkan berbagai-bagai tomahan yang memalukan dia. Sedangkan da menegur kedua-dua belah pihak, dan tidak pernah berpihak kepada mana-mana kumpulan.

SubhanaAllah,


Adakah ini sikap umat Islam Malaysia yang sebenar, fanatik dan taksub dengan sesetengah pihak, lantas mencerca dan menghentam mana-mana pihak yang tidak sehaluan dengan mereka. Bagi diri saya sebagai umat Islam, saya malu dengan umat Islam Malaysia. Semakin bertambah malu, terutamanya umat Malaysia kini lebih bersikap seperti orang barat yang banyak menghentam paderi-paderi, bishop-bishop mereka. Malah lebih teruk lagi, lebih banyak mencerminkan sikap seperi seorang syiah lebih dari sikap seorang Ahlu Sunnah Wal Jamaah.

Malah lebih bersikap seperti budaya masyaraka jahiliyyah yang menggunakan penyair untuk menbuat bait-bait syair yang bertujuan untuk menjatuhkan sesetengah pihak yang tidak menyokong dan tidak sefahaman dengan mereka.

Inilah sikap umat Islam Malaysia, dimana, Islam itu cuba diangkat dan dijungjung dan cuba difahamkan kepada umat Islam, tapi malangnya ade pihak-pihak yang tidak senang dengan perkara ini bertindak menyekat perkara ini hanya kerana tidak mengikut ‘cara’ mereka.

Malangnya,   

Adakah ini yang di war-warkan Islam sebagai cantik dan Indah....

Islam itu cantik dan bersih, tetapi, malangnya umat Islam itu sendirilah yang telah merosakkan dan mengotorkan Islam...

Wallahualam...

Saturday, May 11, 2013

"Baca,Faham dan Komen"

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Inciden yang baru terjadi 2 hari lepas, berlaku satu kekeliruan dalam memahami teks bacaan...dalam Facebook...Terdapat sesetegah pihak yang mengalami masalah dalam teori, (baca, faham dan komen)...

Asasnya...

Ia merupakan sebuah konsep pemikiran yang sangat mudah, 'baca', 'faham' dan 'komen'. Tapi malangnya, terdapat segelintir orang dikalangan kita yang masih 'keciciran' dalam memahami istilah-istilah diatas. Bahkan menyalahkan pihak yang lain yang dikatakan telah menyebabkan mereka mengalami 'masalah' itu.

Saya menyebutkan hal ini kerana saya mengalaminya. Menjadi 'punca' silap faham yang di pelopori oleh pembaca itu sendiri tapi meletakkan kesilapan itu kepada saya. hahahaha...kesian, masih ade golongan yang meletakkan kesilapan sendiri keatas orang lain. Sedangkan adalah lebih baik dia mengaku kesilapannya itu dan menerima nasihat yang diberikan, bukannya bersifat 'angkuh' dengan memadang rendah orang lain.

Sebaiknya kita sebagai rakyat Malaysia yang bersifat terbuka menerima pendapat dan nasihat orang lain untuk kebaikkan bersama. Lagipun, nasihat bukan boleh menjatuhkan credibiliti seseorang, malah boleh dianggap sebagai suatu 'kritikan membina'.

Bersikap terbukalah dalam memberi dan menerima pendapat untuk menjadikan kita lebih bersikap matang.





Tuesday, May 7, 2013

SAJAK DARI SEORANG ADIKKU BERNAMA MUHAMMAD HAZIM SYAZWAN BIN MOHD HAZRIF


Ingin jariku ini menulis , menulis tentang seseorang. Seorang insan yang bergelar abang. Bermain difikiran yang tak keruan, selalu menjadi panduan dalam setiap langkah. Kata yang terukir menjadi satu azimat buat bekalan di kejauhan. Tika susah payah bersama senyumnya tak lekang , tika sedih bertamu dihiburnya semampu.

Hadirnya menyemai benih mujahadah. Terbitnya melengkap diri, Kelemahan bukan untuk dirintih, Tapi peluang untuk saling melengkap, Terkadang terhiris terguris menguji perasaan, Terkadang senyumnya ku rindu, Terkadang peribadi ini ingin berbicara..

Salam.. Abang… saya ucapkan terima kasih kerana selama ini banyak memberi erti untuk hidup dan agama. Tanpa abang, susah untuk saya jadi manusia yang baik… selama ini jika ada sikap saya yg mengecewakan, saya minta maaf banyak2 kerana x mampu nak jadi mcm abang harapkan… segala jasa yang dicurahkan saya akan ingat sampai mata saya tertutup..

Ya Allah ku harap engkau muliakan abangku ini, Bahagiakan keluarganya, sihatkan tubuh badannya, berkatilah rezekinya, kuatkanlah imannya, berilah kenikmatan dalam beribadah, dijauhkan dari fitnah, diberikan kejayaan yang cemerlang serta suburkanlah benih keislaman dengan penuh rasa kasih sayang tanpa alasan.

Terima kasih ABANG..daripada saya
MUHAMMAD HAZIM SYAZWAN..

Thursday, May 2, 2013

RASUAH: PEMUSNAH NEGARA DAN UMAT ISLAM


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera kepada para pembaca. Baru sahaja pagi ini saya meluangkan masa bersembang bersama bapa saya di kediamannya. Perbualan kami pada asalnya bertumpu kepada fenomena politik negara dan PRU-13, sehinggalah dia sampai kepada suatu perbahasan berkaitan dengan rasuah, kehancuran moral umat Islam dan kepincangan institusi negara yang berpunca dari rasuah.

Para pembaca yang di Rahmati ALLAH SWT,

Rasuah merupakan suatu penyakit yang lebih berbahaya dari H1N1 dan SARS. Malah rasuah juga boleh berjangkit lebih cepat dari Denggi dan Campak. Apakah definisi rasuah? Rasuah merupakan suatu gajala politik wang yang berpunca dari hilangnya sifat amanah dalam diri seseorang. Ia merupakan sesuatu ‘wabak’ yang boleh menghancurkan sebuah negara malah boleh menengelamkan sesebuah tamadun.
Rasuah sepertimana telah jelas dalam Al-Quran telah diharamkan ALLAH SWT, sejak 1400 dahulu lagi, seperti mana Firman-Nya;

Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: "Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba". Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya. (Al-Baqara: 275)

Malah hukum haramnya rasuah, telah disebut didalam kitab-kitab samawi yang telah diturunkan oleh ALLAH SWT, seperti mana Firman ALLAH SWT di dalam Kitab Taurat;

Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab Taurat, yang mengandungi petunjuk dan cahaya yang menerangi; dengan Kitab itu nabi-nabi yang menyerah diri (kepada Allah) menetapkan hukum bagi orang-orang Yahudi, dan (dengannya juga) ulama mereka dan pendita-penditanya (menjalankan hukum Allah), sebab mereka diamanahkan memelihara dan menjalankan hukum-hukum dari Kitab Allah (Taurat) itu, dan mereka pula adalah menjadi penjaga dan pengawasnya (dari sebarang perubahan). Oleh itu janganlah kamu takut kepada manusia tetapi hendaklah kamu takut kepadaKu (dengan menjaga diri dari melakukan maksiat dan patuh akan perintahKu); dan janganlah kamu menjual (membelakangkan) ayat-ayatKu dengan harga yang sedikit (kerana mendapat rasuah, pangkat dan lain-lain keuntungan dunia); dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang kafir. (Al-Maaida: 44)

Maka ini secara jelasnya, tidak mungkin manusia di dunia ini tidak tahu mengenai hukum mengambil rasuah/riba.

Bukan sahaja Al-Quran malah dalam injil juga menyebut perihal riba;

“For I know your manifold transgressions and your mighty sins: they afflict the just, they take a bribe, and they turn aside the poor in the gate from their right. “ (Amos 5:12) (King James Version (1769) with Strong’s Numbers and Morphology)

Maka tidak ada alasan untuk kita umat Islam mengambil riba sebagai sesuatu yang halal untuk diamalkan.
Selain itu telah juga di dalam Al-Quran perihal azab yang akan menimpa orang-orang yang menggunakkan rasuah sebagai jalan mereka ‘mencari’ rezeki ;

Dan juga (disebabkan) mereka mengambil riba padahal mereka telah dilarang melakukannya, dan (disebabkan) mereka memakan harta orang dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya). Dan (ingatlah) Kami telah menyediakan bagi orang-orang yang kafir di antara mereka, azab seksa yang tidak terperi sakitnya. (An-Nisaa: 161)

Maka sebagai umat Islam yang baik, sebaik-baiknya kita jauhilah diri kita dari dosa riba dan jangan kita meletakkan diri kita didalam lembah kebinasaan dengan berkompromi dengan pihak-pihak yang mengamalakn riba dan rasuah sebagai sebagai sahabat karib mereka…

Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu berlaku demikian), api neraka akan membakar kamu, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah. Kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan. (Hud: 113)

Wallahualam…

Meraikan Perbezaan Pendapat


Assalamualaikum, salam sejahtera kepada saudara-saudara Muslimku dan saudara-saudaraku yang bukan Muslim, terlebih dahulu diucapkan rasa syukur kehadrat Ilahii kerana dengan limpah dan rahmatnya, kita masih lagi diberi peluang untuk menghirup udara yang segar dari kurniaan-Nya.

Seperti yang kita ketahui pada akhir akhir ini banyak terdapat tomahan-tomahan, cercaan-cercaan dan penghinaan yang dilakukan keatas sesetengah pihak hanya kerana berbeza pendapat sahaja.
Foto bersumber dari Ilmuanmalaysia.com  
Sebagaimana yang kita telah ketahui, setiap manusia mempunyai pendapat yang tersendiri. Sepertimana sifat dan perangai yang berbagai-bagai, begitu juga pendapat. Sebagai seorang Muslim yang baik kita sangat digalakkan menerima dan menghormati pendapat masing-masing meskipun kita berlainan ideology atau pegangan.  Tambahan pula, sifat berbaik-baik itu amatlah disuruh dalam Islam sebagaimana firman-Nya;

“Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu. (An-Nisaa: 1)”.

dan sifat permusuhan itu adalah adalah dilarang dalam islam;.

“Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib. (Fussilat: 34)”.

Dan islam juga menegaskan bahawa, sekiranya berlaku perselisihan faham dikalangan kita orang Islam maka kembalilah kita kepada Kitab Al-Quran Al-Karim dan Al-Hadith.

Maka tidak sepatutnya dikalangan kita umat Islam menggunakkan perselisiahan dan perbezaan itu sebagai alat untuk menghentam pihak lawannya. Meskipun perselisihan itu tidak dapat juga diselsaikan, maka hormati perbezaan pendapat itu dan hiduplah kita dengan aman dan tenteram. Kalau kita terus menerus menggunakkan perbezaan pendapat itu sabagai senjata, maka tidak ada lagi keharmonian dalam hidup kita sebagai seorang Islam.

Wednesday, May 1, 2013

Realiti Umat Islam Masa Kini...



Perbualan ini berlaku atas dasar Islam bukan atas dasar mana-mana parti politik tertentu ;

Saudara A : Assalamualaikum, B ko sihat ?
Saudara B : Waalaikumsalam, A, Alhamdullilah sihat. Ko ?
Saudara A : Alhamdullilah, sihat.
Saudara B : Eh, aku dengar parlimen, dan bubar, ye ke..?
Saudara A : Aaa…ie..dah bubar…hmm…aku rasa ni yang last kot. Pasni ganti orang lain la pulak.
Saudara B : Ko undi ape tahun ni.
Saudara A : Aku kan islam, mesti la undi parti Islam, tak kan la aku nak bersekongkol dengan yang liberal pulak kan. Lagipun diaorg tu kan dah terang-terang tolak hukum Islam.
Saudara B : Aa…ye tak ye jugak, aku pon same je…hmm..eh…aku nak tanya ko, solat cukup tak yang ko bersemangat undi parti Islam nie…
Saudara A : Solat…umm…umm…
Saudara B : Astagfirullahazim, La…solat kene la jaga, kita kan orang Islam, klu kita solat pun tak jaga macam mana ALLAH SWT nak bagi kejayaan dekat kita, sebab kita pun ‘menentang’ arahan Dia. Ni klu bab hukum hudud kita sokong, tapi solatnya tidak…! Mana boleh…solat tu tiang agama, dan melalui solat kita dapat baiki hidup kita ; “ Dan orang-orang yang berpegang teguh dengan Kitab Allah serta mendirikan sembahyang, sesungguhnya Kami tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang berusaha memperbaiki (keadaan hidupnya). (Al-A'raaf: 170)”. Jangan kita nak kerajaan saje yang diubah…kita pon kene berubah, klu tidak, kita same saje lah, dulu dan sekarang pon…tidak ade perubahan…
Saudara A : Oh ye ke….ok la..klu macam tu InshaAllah…lepas ni aku akan jaga solat aku….
Saudara B : Alhamdullilah…

Jadi kepada saudara-saudara seIslam yang masih lagidalam dunia 'ini'...cepat-cepatlah kembali kepada-Nya, sebelum kita 'kembali kepada-Nya'. Kita menyokong Islam, sokong dengan sepenuh hati bukan dengan ikut-ikutan atau berkepentingan.....Wallahualam....

Remaja : Antara 'Semangat dan Taksub'

Assalamualaikum, uhuk...uhuk...hmm...nampaknya berabuk dah bloq ni,..fuh..fuh....huh dekat bertahun- tahun tak bukak blog, sibuk je sepanjang hari dengan kerja yang tak pernah nak siap.Ingatkan tak nak bukak dah, tapi menengokkkan suasana politik yang semakin menular di kalangan remaja masa kini. Rasanya perlu kot berkongsi sedikit sebanyak mengenai penyalahgunaan jiwa dan minda remaja.

Sebelum tu...

Kita tengok dulu, remaja ni siapa ? Remaja, satu golongan yang radikal dan mempunyai jiwa yang mudah memberontak. Remaja juga suatu golongan yang mudah percaya kepada sesetengah pendapat tanpa memikirkan kepada sesuatu dasar yang kukuh. Oleh kerana itu, sifat remaja yang agresif dan mudah terpengaruh, ini menjadi suatu titik kelemahan terhadap diri mereka sekiranya tidak dididik dengan kaedah dan cara yang betul.

Sehubungan dengan itu,


kelemahan ini telah disalah gunakan oleh sesetengah pihak yang, yang bertujuan untuk mengambil keuntungan demi kepentingan diri mereka sendiri. Sifat remaja yang mudah terangsang dengan sebarang tekanan dan keadaan juga berupaya membangkitkan suatu 'semangat' yang didorong atas dasar kejahilan dan hasutan pihak-pihak tertentu . Malah turut menjadikan mereka berupaya untuk memberontak dan menentang sebarang orang yang tidak sehaluan dengan mereka. Selain itu, ia turut menyumbang kepada ketaksuban membuta-tuli yang tidak ada hadnya. Sehinggakan kepatuhan yang melampau kepada sesetengah orang, sehingga tidak dapat membezakan antara yang benar dan yang salah, antara nas agama dan pendapat manusia. Keadaan ini turut menjadikan golongan ini 'sesat' dalam mencari jalan kebenaran, malah mendakwa merekalah kebenaran yang selama ini kita cari.

jadi sebaik-baiknya, sifat agresif remaja ini perlulah didik dan diolah dengan cara yang baik supaya mereka dapat menyumbang kepada keutuhan sebuah negara bukannya kearah meruntuhkan sebuah negara. Kerana mereka ini merupakkan aset negara, yang berkemungkinan meneraju negara ini pada masa hadapan....